Skip to content

My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Kesihatan
  • Tazkirah
Menu

Patutlah Ramai Suka Tanam Pokok Bunga Telang Ini, Ternyata ini 19 khasiatnya yang luar biasa

Posted on May 22, 2022 by admin

Apabila lihat bunga telang ni terus teringat ia sebagai pewarna untuk masakan iaitu digunakan untuk memasak nasi kerabu.

Nasi kerabu ini popular di kawasan pantai timur. Oleh itu, pokok telang ini sering kelihatan di halaman rumah bagi penduduk di negeri Terengganu dan Kelantan.

Bagaimana pun, pokok bunga telang ini juga mempunyai banyak khasiat dan ramai yang mengetahui mengenai manfaatnya.

Pokok ini juga dikenali sebagai kacang telang atau nama botaninya Clitoria ternatea. Sebatian anthocyanin dalam pigmen bungannya didapati memberikan bunga ini berwarna biru.

Nak tahu khasiatnya jom ikuti perkongsian wanita ini siap bagi resipi cara nak buat terutama hal berkaitan dengan kesihatan dan kecantikkan.

KHASIAT BUNGA TELANG, MEMANG SUPERB!

Teh bunga telang penjagaan dalaman wanita

  • Untuk membetulkan kitaran haid, ambil akar dan bunganya kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih. Rebus bersama sedikit gula dan diminum ketika suam.
  • Resepi teh bunga telang yang boleh diminum untuk penjagaan dalaman wanita.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Segenggam Bunga Telang, Segelas Air Panas, Gula secukup rasa, 1/2 biji limau nipis

Cara Membuat:

Masukkan segenggam bunga telang ke dalam gelas. Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 hingga 7 minit. Setelah airnya bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut. Akhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa yang amat menyegarkan.

Mengecutkan jerawat

  • Ambil beberapa helai daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada muka yang berjerawat. Biarkan selama 30 minit kemudian bersihkan.

Melebat dan menghitamkan rambut

  • Kacang telang dipercayai amat bermanfaat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut serta dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang didalam segayung air, cuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.

Kuruskan badan

  • Teh herba bunga telang juga membantu anda detox untuk menguruskan badan. Caranya minum air bunga telang setiap pagi untuk detox.

Menghilangkan sakit kepala

  • Bunya telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah ambil beberapa keping bunga telang, masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur.

Mencuci darah kotor

  • Amalkan meminum rebusan Air bunga telang setiap hari kerana ia sangat baik untuk diamalkan untuk mencuci darah yang kotor.

Merawat cirit-birit

  • Air rebusan bunga telang juga mampu boleh merawat cirit-birit. Amalkan minum air rebusan setiap hari selama seminggu.

Mengatasi masalah sembelit

  • Caranya hancurkan biji kacang telang hingga menjadi serbuk dan bancuh dengan air kemudian minum.

Membuka selera makan

  • Bagi anda yang tiada selera makan, amalkan memakan daun telang bersama nasi. Ia akan membuka selera makan anda.

Merawat ulser mulut

  • Caranya ialah rendam bunga dan kacang telang air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.

Insomnia

  • Air rendaman bunga telang juga mampu merawat insomnia. Amalkan meminum setiap hari untuk menyembuhkan Insomnia.

Mengubati bisul

  • Caranya hancurkan daun pokok bunga telang kemudian tampal pada bisul untuk mengubatinya.

Mengubati sakit mata

  • Caranya ialah rendam bunga telang dalam 1 gelas air kemudian gunakan air rendaman tersebut untuk mencuci mata. Amalkan setiap hari sehingga mata sembuh.

Merangsang memori dan kebijaksanaan

  • Kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam di India yang telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan seseorang.

Mengurangkan gejala asma

  • Rebus akar bunga telang dan amalkan meminum sebagai teh boleh mengurangkan gejala asma.

Mengubati batuk

  • Akar bunga telang juga dikatakan dapat mengubati batuk.

Mengubati pernafasaan

  • Rebus 40 gram akar bunga telang dengan 5 gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1 gelas 2 kali waktu pagi dan waktu malam.

Mengubati sakit telinga

  • Caranya ambil beberapa helai daun telang, ramas dalam air dan campur garam. Kemudian sapu pada telinga yang mengalami sakit.

Mengatasi stress

  • Kandungannya yang bersifat anti depresan yang ada di dalam bunga ini mampu memberikan ketenangan dan rasa damai yang mampu mengatasi stress. Amalkan meminum air rebusan setiap hari.

Sumber Dan Rujukan

Ana Mahabu Via Keluarga

Share this:

Related posts:

  • 2 bulan tak dapat bayaran penuh, sekali bersuara tanya pasal gaji terus dipecat! Lelaki cuma ada RM30 untuk sara keluarga

  • “Anak Keduaku, Khabib Umar,” – Lengkap Sepasang, Syahmi Sazli Dan Isteri Timang Bayi Lelaki

  • Pantang Larang Air Fryer Yang ‘Wajib’ Tahu Supaya Tahan Lama Dan Tak Cepat Rosak

  • (VIDEO) Warga Emas Cipta Dapur Guna Air, Tanpa Guna Gas Dan Minyak Tanah

  • Cara Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad Waktu Kecemasan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • Ayam Goreng Sedap Tetap Garing Walaupun …
    July 6, 2022
  • Jual Mi Celup RM2 Dan Segelas Air Dengan…
    July 6, 2022
  • Tomyam Paling Disukai Ramai, Tiba-tiba R…
    July 6, 2022
  • Duit Simpanan Anak Mencecak 5 Angka Seta…
    July 6, 2022
  • (VIDEO) Beli Cincin Murah Harga RM48, Ju…
    July 6, 2022
  • [VIDEO] Seb4k walaupun bukan anaknya, ia…
    July 6, 2022
  • Tips Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat S…
    July 6, 2022

Kategori

  • Artis Malaysia
  • DUNIA
  • Haiwan
  • keluarga
  • Kesihatan
  • Petua
  • resepi
  • Semasa
  • Tauladan
  • Tazkirah

ARKIB

  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2022 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme