Pelajar maahad tahfizTasek Gelugor: Pelajar maahad tahfiz perempuan sebuah tahfiz di Sungai Dua yang baharu selesai khatam al-Quran maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Guar Petai, di sini, pagi tadi.
Pelajar maahad tahfiz di Sungai Dua
Dalam kejadian 8 pagi itu, Pelajar Maahad Tahfiz berusia 17 tahun menaiki kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza bersama guru serta tiga rakannya yang lain.
Bagaimanapun ketika tiba di lokasi kejadian, kereta itu dilaporkan terbabas hingga melanggar sebatang pokok yang berada di tepi jalan di arah bertentangan.
Ekoran itu, mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan maut di lokasi kejadian manakala guru serta Pelajar Maahad Tahfiz yang lain mengalami kecederaan.
Mayat dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk proses bedah siasat manakala empat lagi yang cedera dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut
Berita kemalangan itu kemudian tular di media sosial dengan orang ramai meluahkan rasa sedih termasuk ada beberapa individu dipercayai kenalan mangsa yang lain memaklumkan bahawa mangsa baharu selesai menghabiskan semua juzuk bacaan al-Quran hari ini.
Difahamkan, mangsa adalah seorang anak seorang mudir di sebuah madrasah di Padang Serai, Kedah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan.
Katanya, siasatan mendapati kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Guar Petai menuju ke Sungai Dua.
“Siasatan lanjut masih lagi diteruskan,” katanya.
Baca Juga: MasyahAllah “Jenazah sahabat Nabi Masih berdarah Walaupun sudah lebih 1000 Tahun”
Sumber: wow berita