Pelakon Amyra Rosli umum berita duka, anak ke-3 ‘pergi’ menghadap
“Jumpa Dr Seri automatik terus sihat. Aura positf sangat dahsyat. Thanks so much my sister. #chemicalpregnancy #miscarriage,” kongsinya.
Amar dilihat turut meninggalkan kata-kata semangat buat isterinya yang tercinta.
Amyra dan Amar sebelum ini sudah pun memiliki sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi Amar, 7, dan Aura Aryssa, 4.
Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016
Sekadar info, majoriti masalah keguguran berlaku secara spontan dan rawak. Dianggarkan satu dalam lima wanita hamil akan mengalami keguguran. Kebanyakan keguguran berlaku tanpa disedari.
Misalnya, haid datang lewat dan tiba-tiba seketul darah keluar (tanpa janin). Wanita itu kemudiannya didatangi haid seperti biasa. Ini dinamakan chemical miscarriage.
Kebanyakan keguguran berlaku dalam trimester pertama di mana usia janin kurang daripada 14 minggu. Sebab-sebab keguguran berlaku juga tidak diketahui.
Namun, kajian menunjukkan kebanyakan keguguran di trimester pertama adalah disebabkan masalah genetik janin tersebut.
Sumber: Instagram