Pemergian Yang Dicemburui ‘Meninggal Dunia Ketika Melaungkan Azan Subuh’

Pemergian yang dicemburui meninggal dunia ketika melaungkan azan seluruh penghuni apartment Sri Ixora jadi saksi

Inilah kisah pemergian yang dicemburui yang berlaku di shah alam

Seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam berasa pelik kenapa azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ni cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhent!. Kemudian bersambung di corong pembesar suara semacam c3mas.

Selang kemudian terdengar ajk lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga En Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulan tiba di kawasan surau.

Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan.

Abang Rosliman atau lebih mesra dengan panggilan Abang Man, telah kembali bertemu PenciptaNya dalam keadaan semua orang beriman impikan. Arwah meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah.

Pemergian Yang Dicemburui Sebak dan bergenang air mata ini para jemaah sahabat rapat.

“Malam tadi baru dia yang beriya-iya mahu menjayakan majlis kenduri kesyukuran Ustaz Sahari yang baru keluar h0spital yang akan diadakan di surau.

Pemergian Yang Dicemburui 'Meninggal Dunia Ketika Melaungkan Azan Subuh'

Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan. Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi o kaw. Rupanya dia Allah panggil dalam keadaan sangat-sangat kami cemburu.” ujar salah seorang jemaah.

Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan subuh walaupun beliau bukan bilal surau.

Beliau merupakan AJK Pemeriksa Kira-kira surau.

Allah sayang Abang Man lebih dari kami semua bang. Abang Man pernah berseloroh :

“Kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat sana nanti”.

Moga Allah pilih Abang Man menjadi penghuni Al-Firdaus. Allah Maha Mengetahui.

itulah kisah pemergian yang dicemburui yang boleh menjadi tauladan buat kita semua untuk meningkatkan lagi amal kita kepada ALLAH SWT

Baca Juga: Pemergian Yang Dicemburui, dijemput ketia menyampaikan hadis

Sumber: fb Cikgu Jie Maju Jaya Via Majlah Ilmu

Leave a Comment