My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Pengetahuan
  • Kesihatan
  • Ibadah
  • Doa
  • Tazkirah
Menu

Pemuda Belajar Sesuatu Daripada Penjual Nasi Lemak seawal 4.30 pagi – “Selalu saya sanggup guna jalan jauh”

Posted on February 13, 2021 by admin

Seorang pemuda berkongsi kisah seorang pakcik yang mencari rezeki awal pagi. foto tiktok Arifflubis
DALAM rezeki kita, ada rezeki orang lain.

Begitulah yang dapat disaksikan menerusi kesungguhan seorang pemuda berkongsi rezeki dengan seorang penjual nasi lemak, pada awal pagi.

“Pakcik ni seawal 4.30 pagi meniaga. Istiqomah setiap hari,” tulisnya menerusi perkongsian video di laman TikTok.

Pemuda berkenaan, Ahmad Ariff Firdaus Ahmad Taufik berkata, dia singgah ke gerai yang diusahakan seorang lelaki warga emas di Ayer Molek, Melaka, pada pagi Jumaat.

jual nasi jam 5.30 pagi

Nasi lemak dan pelbagai jenis kuih dijual di gerai.

Lebih mesra disapa Ariff, katanya, ketika itu dia dalam perjalanan dari rumahnya di Ayer Molek ke tempat kerja di sebuah kilang di Ayer Keroh.

“Ini pertama kali saya singgah ke gerai nasi lemak pakcik tu sebab selama ni saya sering menggunakan laluan alternatif di Jalan Duyung.

“Sejak November tahun lalu, lebih 700 kakitangan dibahagikan kepada dua syif. Pagi bermula 6 pagi dan 3 petang untuk syif petang.=

“Jadi, hari tu saya gerak awal pukul 5 pagi dan singgah ke gerai pakcik tu terlebih dahulu untuk beli sarapan sebab lapar,” katanya yang berusia 29 tahun kepada mStar.

jual nasi jam 5.30 pagi

Ariff menghulurkan duit untuk sedekah nasi lemak kepada orang lain dan membeli buat dirinya sendiri.

Mengulas lanjut, Ariff berkata, jalan alternatif ke tempat kerjanya sebenarnya lebih jauh berbanding Jalan Ayer Molek yang melalui gerai pakcik berusia 60an itu.

“Saya pernah je lalu sebelum ni, tapi beberapa kali terserempak dengan babi hutan yang melintas. Jalan di situ pula lebih gelap, jadi kena hati-hati kalau memandu di awal pagi.

“Tambahan pula rumah pakcik tu berhadapan dengan tanah perkuburan Islam dan jirat Cina di sepanjang jalan kira-kira 700 meter. Jadi, dalam keadaan gelap sebegitu, lebih baik saya melalui jalan yang lebih selesa,” ujarnya yang menetap di Ayer Molek sejak 2017.

Dia yang berasal dari Bandar Baru Bangi, Selangor bagaimanapun tergerak hati untuk lalu di jalan itu, pagi Jumaat lalu, dan singgah sebentar ke gerai nasi lemak tersebut.

 

Pakcik itu pula mahu bersedekah kepada Ariff.

Bukan sekadar itu, bapa kepada seorang cahaya mata perempuan itu juga terdetik hati mahu bersedekah dengan membeli sejumlah nasi lemak bungkus.

“Dalam dompet ada RM50, jadi saya beritahu pakcik tu nak beli nasi lemak RM30 dan sedekahkan kepada orang yang datang. Pakcik tu kata 20 bungkus untuk RM30.

Saya percaya kalau kita berkongsi rezeki dengan orang, insyaAllah rezeki kita akan diperluaskan
AHMAD ARIFF FIRDAUS AHMAD TAUFIK

“Saya pula beli dua bungkus untuk saya makan di tempat kerja dan hulurkan duit. Pakcik tu serahkan baki, tapi dia hanya ambil RM30 untuk nasi lemak yang saya hendak sedekahkan.

“Tapi saya sebak bila pakcik tu pula sedekah kat saya dua bungkus nasi lemak. Saya nak bersedekah, pakcik tu pun mahu bersedekah,” katanya sambil menambah bahawa gerai tersebut turut menjual pelbagai jenis kuih seperti seri muka, karipap dan koci.

Ariff
Ariff percaya rezeki lebih murah sekiranya bersedekah. foto instagram arifflubis90

Ariff yang merupakan eksekutif teknikal dan juga jurugambar sambilan itu menyifatkan kemurahan hati lelaki warga emas tersebut berniaga ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wajar dipuji.

“Walaupun PKP, pakcik tu berusaha keluar awal pagi untuk mencari rezeki. Katanya, nasi lemak tu isteri dia yang masak, di gerai pula dibantu oleh anak lelakinya yang akan bersiap ke tempat kerja.

“Kenapa saya bersedekah walaupun kat tangan cuma ada RM50 je sebab saya percaya kalau kita berkongsi rezeki dengan orang, insyaAllah rezeki kita akan diperluaskan.

“Walaupun saya tahu gerai pakcik tu dekat jalan yang lebih gelap, ada babi hutan melintas dan dekat kawasan kubur… tapi kerana sikap pakcik tu yang peramah dan pemurah, serta nasi lemak pun sedap, insyaAllah saya akan datang lebih kerap ke gerainya selepas ini,” katanya.

Sumber Dan Rujukan

Mstar

Share this:

  • Facebook
  • Tweet
  • WhatsApp

Related posts:

Ustazah Junior, Aisyah Dhia Rana Dipuji Mengaji Al Quran Dengan Sebutan Jelas

Sekali Sauk Jumpa 2kg Emas. Ini Pendedahan Dari Pnduduk Sndiri, Melombong Emas Belakang Rumah Saja

Allahuakbar, Melombong Emas Belakang Rumah, Sekali Dulang Jumpa 2kg Emas. Pendedahan Dari Penduduk Kampung

Kini baru saya tahu, Kenapa orang yang bangun sebelum subuh sentiasa tenang dan berjaya

Walaupun Ada Diploma Sains, Anak M Nasir Tak Kesah Dan Ma1u tebar roti canai

berdiri disamping Ibunya, setelah dia mendermakan sebahagian hatinya

Pengorbanan Yang Besar, berdiri disamping Ibunya, setelah dia mendermakan sebahagian hatinya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • Ustazah Junior, Aisyah Dhia Rana Dipuji …
    March 2, 2021
  • ikan hidup tanpa air Luar Biasa, Ikan Yang Diceritakan Didala…
    March 1, 2021
  • Sekali Sauk Jumpa 2kg Emas. Ini Pendedahan Dari Pnduduk Sndiri, Melombong Emas Belakang Rumah Saja Allahuakbar, Melombong Emas Belakang Rum…
    March 1, 2021
  • Kini baru saya tahu, Kenapa orang yang b…
    February 27, 2021
  • Walaupun Ada Diploma Sains, Anak M Nasir…
    February 23, 2021
  • Doa Kuat Ingatan - Amalan Menguatkan Ingatan Dan Hafalan Doa Kuat Ingatan – Amalan Menguatk…
    February 15, 2021
  • berdiri disamping Ibunya, setelah dia mendermakan sebahagian hatinya Pengorbanan Yang Besar, berdiri disampin…
    February 15, 2021

Kategori

  • Doa
  • Ibadah
  • Kesihatan
  • Pengetahuan
  • Petua
  • Semasa
  • Tauladan
  • Tazkirah

ARKIB

  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2021 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme