Penunjuk Perasaan Lempar Telur di Hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta

Penunjuk Perasaan Lempar Telur di Hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta

PM170579Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia semalam telah dibaling telur oleh penunjuk perasaan dalam satu protes yang diadakan terhadap insiden tembakan pada 24 Januari lalu. Dalam insiden itu, lima warga Indonesia terlibat cuba diberkas pasukan APMM yang menyaksikan seorang daripadanya terbunuh.

Menurut Malaysiakini, hampir 100 penunjuk perasaan berkumpul di hadapan premis kedutaan dengan sebahagian daripadanya memegang sepanduk menggesa pihak berkuasa menangkap dan mendakwa pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melepaskan tembakan semasa kejadian di perairan Malaysia berhampiran Pantai Tanjung Rhu, Selangor.

Media Indonesia, Kompas.com dalam satu rakaman video menunjukkan penunjuk perasaan tersebut telah membaling telur ke kedutaan dan mengenai lambang jata negara dan pintu depan kedutaan.

PM170574PM170575PM170576PM170577PM170578Protes itu juga diadakan sehari selepas mayat lelaki yang terbunuh dalam kejadian itu dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Riau. Mangsa dikenal pasti sebagai warga asing berusia 50 tahun.

PATI yang ditembak adalah kumpulan penyeludup migran?

Terdahulu, kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 3 pagi itu terjadi apabila lelaki terbabit didakwa menggunakan bot untuk merempuh bot peronda APMM sebelum cuba menyerang anggota penguat kuasa menggunakan parang.

Menurut polis, pegawai APMM terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.

Perkara ini juga disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang mengatakan kumpulan PATI tersebut adalah kumpulan penyeludup migran.

Menurutnya lagi, semasa kejadian kumpulan itu dalam perjalanan proses keluar dari perairan ini selepas mengambil PATI.

Dalam satu kenyataan lain, Timbalan Menteri Perlindungan Pekerja Migran Indonesia, Christina Aryani berkata, kerajaan Malaysia diminta menyiasat kejadian tembakan membabitkan pegawai Maritim Malaysia dengan lima rakyat berkenaan.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Indonesia, Judha Nugraha berkata, kedutaan Indonesia akan menghantar nota diplomatik untuk menggesa siasatan terhadap kejadian terbabit, lapor Channel News Asia.

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...