Skip to content

My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Pengetahuan
  • Kesihatan
  • Ibadah
  • Doa
  • Tazkirah
Menu

Pilu,Budak Perempuan Ditemui Rentung Di Atas Tilam ‘Dalam Kebakaran Sebuah Kilang’

Posted on March 5, 2022 by admin

Kanak-kanak perempuan ditemukan rentung di atas tilam dalam kebakaran sebuah kilang

KANAK-KANAK perempuan berusia 11 tahun maut dalam kebakaran kilang di Kawasan Perindustrian Bakar Arang di Sungai Petani dan ditemukan rentung atas sebuah katil dengan tilam yang turut hangus.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, mayat Misha Kasih ditemukan pukul 7.30 pagi selepas anggotanya melakukan operasi mencari dan menyelamat di tingkat atas premis itu.

“Kami menemui mangsa dalam keadaan rentung di atas tilam yang turut hangus,” katanya kepada pemberita, pada Jumaat.

Menurut Sayani, mangsa warganegara Indonesia itu dipercayai meninggal dunia akibat lemas terhidu asap ketika api kebakaran marak.

“Kami dapati laluan tangga untuk turun dari bilik itu juga terbakar dan kemungkinan tiada akses untuk mangsa keluar,” katanya memetik laporan Warta Rakyat.

Tambah Sayani, berdasarkan keterangan saksi, kebakaran bermula di bahagian pentadbiran.

“Ruang tengah premis adalah ruang tempat kerja yang menempatkan peralatan serta mesin manakala ruang tingkat atas adalah penginapan.

MISA Kasih menumpang tidur di kilang tersebut selepas rumahnya mempunyai masalah bekalan air. – Gambar Warta Rakyat.

“Difahamkan, pemiliknya juga menginap di kilang ini. Ada ruang bilik berehat termasuk bilik mangsa,” katanya.

Menurut Sayani, sebelum kejadian itu, mangsa dipelawa oleh ibu angkatnya yang merupakan warga tempatan untuk pulang ke rumah tetapi kebetulan pada masa itu rumah mereka terputus bekalan air lalu mangsa berada di kilang.

Ketika kejadian, lima ahli keluarga majikan dan dua lagi pekerja termasuk seorang warga Bangladesh turut bermalam di bilik masing-masing dalam kilang itu namun mereka berjaya diselamatkan.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan pada pukul 4.11 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Operasi memadam dan menyelamat dilakukan dengan kekuatan 30 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Amanjaya dan Tikam Batu selain bantuan 15 anggota pasukan bomba sukarela.

Api berjaya dikawal lebih kurang sejam kemudian.

Kerugian dianggarkan mencecah RM16.35 juta membabitkan beberapa premis lain yang terjejas antaranya stor penyimpanan gas petroleum cecair (LPG), kilang elektronik dan premis perkakasan hardware.

Sumber Dan Rujukan

Utusan Tv

Share this:

Related posts:

  • (Video) Khabar Duka “Bapa Sharifah Zarina Meninggal Dunia,Rebah Ketika Sedang Menunaikan Solat” Al-Fatihah

  • Pilu,Dua Beradik Maut Dilanggar Lori ”Dua Itu Sahajalah Anak Saya”

  • Pemergian Yang Dicemburui “Rebah Pada Rakaat Ke-20, Lelaki Dilapor Meninggal Dunia Ketika Solat Tarawih”

  • (Video) Ibu Achey Meninggal Dunia “Sebak Dengar Berita ‘Pemergian’ Masa Pulang Dari Tempat Kerja”

  • Pilu, Jasamu Tetap Dikenang “Bekas KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa Meninggal Dunia”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • “Leher Terpaksa Dite’buk” Al…
    May 25, 2022
  • Anak-anak sampai tegur agar naikkan 10 s…
    May 25, 2022
  • Petua Rimbunkan Pokok Kari Yang Tanam Da…
    May 24, 2022
  • Teknik Petani Thailand Tanam Ubi kayu Ag…
    May 24, 2022
  • Lepas Ni Jangan Buang Dulu Kulit Bawang …
    May 24, 2022
  • Tak Habis-habis Nak Petik, Ini Tips Nak …
    May 24, 2022
  • Mudah Sangat Tanam Kobis Dipasu Bunga, L…
    May 24, 2022

Kategori

  • Akhir Zaman
  • Al-Ftihaha
  • Artis
  • Artis Malaysia
  • Bantuan
  • Bola Sepak
  • Brain Wash
  • Doa
  • DUNIA
  • Ebit Lew
  • history
  • Ibadah
  • Ilmu
  • Indonesia
  • Isu Keluarga
  • Kalimah Allah SWT.
  • Keajaiban
  • keluarga
  • kemanusiaan
  • Kesihatan
  • Kisah Mualaf
  • malaysia
  • MKN
  • Pengajaran
  • Pengetahuan
  • Pesanan
  • Petua
  • Politik
  • resepi
  • Semasa
  • seram
  • Soalan
  • Story
  • Sunnah
  • Tauladan
  • Tazkirah
  • Tips
  • ustaz
  • Ustaz Abdul Somad
  • Ustaz Azhar Idrus
  • Ustazah
  • viral
  • zakir naik

ARKIB

  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2022 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme