Skip to content

My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Pengetahuan
  • Kesihatan
  • Ibadah
  • Doa
  • Tazkirah
Menu

Pilu,(Video) ‘8 Rakan Dibunuh Depan Mata’ Mohon Bantuan Menerusi CCTV “Kisah Nelson Sarira Buat Ramai Sebak”

Posted on March 12, 2022 by admin

8 Rakan Dibunuh Depan Mata, Mohon Bantuan Menerusi CCTV, Kisah Nelson Sarira Buat Ramai Sebak

BARU-baru ini seluruh nusantara digemparkan dengan keganasan oleh kumpulan penjenayah bersenjata Papua yang bertindak membunuh lapan orang awam yang sedang menjalankan pembaikan menara telekomunikasi di sana.

Lapor CNN Indonesia, mereka terdiri daripada tiga pekerja Palapa Ring Timur Telematika (PTT), empat pekerja kontraktor syarikat dan seorang anggota masyarakat setempat yang menjadi pemandu arah.

Tiada siapa menyangka operasi di Tower Base Transceiver Station (BTS) 3 di daerah Beoga, Papua itu akan berakhir dengan kematian.

Kejadian yang berlaku 2 Mac lalu menyaksikan perbuatan kejam puak bersenjata itu tanpa perikemanusiaan memenggal lapan mangsa ketika sedang tidur. Ia diceritakan oleh satu-satunya mangsa yang terselamat dalam insiden itu iaitu Nelson Sarira.

Mengakui masih trauma, Nelson menitiskan air mata ketika menjawab pertanyaan Ketua Polis Papua, Mathius Fakhiri sebaik sahaja dia diselamatkan.

KEM DICEROBOH, RAKAN DICEDERAKAN

Menurutnya, peristiwa berdarah itu berlaku sekitar jam 3.00 pagi apabila kem mereka telah didatangi kira-kira 10 orang kelompok kriminal bersenjata Papua (KKB) dengan bersenjatakan parang, kapak dan beberapa pucuk senjata api.

“Mereka mencerobohi kem kami dan dan memenggal pekerja yang sedang tidur,” katanya.

Semasa kejadian, Nelson memberitahu dia tidur pada bahagian hujung. Susulan itu dia berjaya melompat keluar meloloskan diri.

“Saya bersembunyi di bawah jurang, di dalam semak samun,” kata Nelson.

Dia seolah mendengar bisikan menyuruhnya naik ke puncak bukit dan menyembunyikan diri di sana.

“Seluruh tubuh sudah gementar, tetapi saya paksa diri menaiki bukit. Tebingnya agak curam saya. Kuatkan diri naiki dan panjat,” katanya.

 

Dari tempat persembunyiannya dia dapat mendengar bunyi tembakan di kem. Kata Nelson pada jam 7.00 pagi semua ahli kumpulan bersenjata sudah meninggalkan kem berkenaan.

TIGA HARI YANG TERLALU PANJANG

Nelson hanya berani pulang ke kem selepas memastikan keadaan benar-benar selamat. Malah pemuda itu berkata peralatan seperti telefon bimbit, komputer riba telah hilang. Dia sempat mengambil beg tidur dan pakaian.

“Selepas tidak lagi mendengar suara pelaku, saya kembali ke kem dan melihat kesemua rakannya sudah tidak bernyawa.

“Darah bergenang di dalam kem,” katanya sebak.

Mungkin tiga hari menunggu saat diselamatkan adalah hari-hari yang paling panjang dalam hidup pemuda itu.

Videonya menghantar pelbagai isyarat bahaya (SOS) untuk diselamatkan menerusi kamera litar tertutup pencawang berkenaan menyayatkan hati. Malah dia memanjat pencawang agar mesej SOS lebih jelas.

“Monitoring CCTV, boleh dijemputkah esok? Cuma saya sahaja yang tinggal di sini. Semuanya sudah dibunuh. Sekian dan terima kasih,” tutur Nelson menerusi salah satu rakaman yang tular.

Difahamkan salah satu daripada video Nelson menerima 27 juta tontonan manakala #nelsonsarira ditonton sebanyak 148 juta kali di laman sosial TikTok.

KLIK VIDEONYA

DISELAMATKAN

Penderitaan Nelson akhirnya berakhir apabila diselamatkan pihak Pasukan Operasi Damai Cartenz pada 10.13 pagi, 5 Mac lalu.

Menerusi video yang tular, helikopter yang tiba menyelamatkan Nelson tidak mencecah tanah.

Malah helikopter itu terus terbang sebaik sahaja Nelson memasuki ruang kabin.

Selepas menghadapi episod ngeri itu, Nelson difahamkan kini berada di rumah keluarganya bagi menjalani tempoh pemulihan trauma.

Sumber Dan Rujukan

Sinar Plus

Share this:

Related posts:

  • Inilah 4 Benda Yang Sangat Berba’haya Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk

  • Ada yang ‘s4kit hati’ tengok Maria Farida terlalu lawa, Pelbagai gelagat komen dari natizen

  • Pernah Ditolak Pinjaman Konon Rakyat Malaysia Tak Makan Burger, Kini Jualan Ramly Burger Cecah RM1 Bilion

  • 0rang Pertama Dibekukan H!dup2 Selama 54 Tahun. Dan Pada 2017 Yang Lalu Ekperimen Ini Menjadi Sebuah Sejarah Dunia

  • Bapa tunggal ini terpaksa berhenti kerja dan meng’emis sambil membawa anak kecil

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • “Leher Terpaksa Dite’buk” Al…
    May 25, 2022
  • Anak-anak sampai tegur agar naikkan 10 s…
    May 25, 2022
  • Petua Rimbunkan Pokok Kari Yang Tanam Da…
    May 24, 2022
  • Teknik Petani Thailand Tanam Ubi kayu Ag…
    May 24, 2022
  • Lepas Ni Jangan Buang Dulu Kulit Bawang …
    May 24, 2022
  • Tak Habis-habis Nak Petik, Ini Tips Nak …
    May 24, 2022
  • Mudah Sangat Tanam Kobis Dipasu Bunga, L…
    May 24, 2022

Kategori

  • Akhir Zaman
  • Al-Ftihaha
  • Artis
  • Artis Malaysia
  • Bantuan
  • Bola Sepak
  • Brain Wash
  • Doa
  • DUNIA
  • Ebit Lew
  • history
  • Ibadah
  • Ilmu
  • Indonesia
  • Isu Keluarga
  • Kalimah Allah SWT.
  • Keajaiban
  • keluarga
  • kemanusiaan
  • Kesihatan
  • Kisah Mualaf
  • malaysia
  • MKN
  • Pengajaran
  • Pengetahuan
  • Pesanan
  • Petua
  • Politik
  • resepi
  • Semasa
  • seram
  • Soalan
  • Story
  • Sunnah
  • Tauladan
  • Tazkirah
  • Tips
  • ustaz
  • Ustaz Abdul Somad
  • Ustaz Azhar Idrus
  • Ustazah
  • viral
  • zakir naik

ARKIB

  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2022 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme