Wanita yang mengenakan selendang putih itu mengikut setiap kalimat diucapkan aktres tersebut sehingga selesai.
Diana menerusi video berkenaan menitipkan rasa syukur dengan kehadiran seorang lagi saudara Islam.
“Alhamdulillah, keluarga baru kita (umat Islam). Terima kasih wahai Rabbku memberi peluang dengan rezeki ini.
“Mereka berdua kemudian berpelukan antara satu sama lain sebagai tanda syukur dan gembira,” kongsinya.
Isteri kesayangan Zamarul Hisham itu yang dilihat mengalirkan air mata tidak ketinggalan memberikan nasihat dan pesanan kepada wanita berkenaan.
Ini bukanlah kali pertama beliau membantu pengislaman saudara baharu.
Pelakon filem Susuk itu terdahulu membantu dua orang wanita memeluk Islam pada Julai 2022 dan Disember 2023.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!