Polis siasat tiga penyampai radio Era FM we
KUALA LUMPUR- Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husin mengesahkan, setakat ini pihaknya telah menerima enam laporan berkaitan isu tiga penyampai radio Era FM yang didakwa mempersenda agama lain, baru-baru ini.
Susulan itu katanya, pihak polis sedang menjalankan siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Siasatan awal mendapati video tersebut telah dipadamkan oleh pihak stesen radio selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.
“Bagaimanapun, semakan mendapati video terbabit sempat ditonton sebanyak 95,400 kali dan turut dikongsi oleh 204 pengguna di media sosial,” katanya hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN