Presiden dh bersuara, tpi nmpk mcm pengikut ramai tk setuju. INI puncanya.

Presiden dh bersuara, tpi nmpk mcm pengikut ramai tk setuju. INI puncanya.

Malaysia Hindu Sangam (MHS) terima permohonan maaf yang dikemukakan oleh tiga penyampai radio Era FM berhubung video yang didakwa memperlekehkan ritual kavadi sempena Thaipusam.

Menurut laporan Bernama, Presidennya, T. Genasan berkata personaliti media dan pencipta kandungan sewajarnya menitip beratkan mengenai kepentingan dalam menjaga sensitiviti keagamaan dan budaya.

Malaysia Hindu Sangam

PM171168

“Kejadian seperti ini tidak boleh diambil mudah kerana ia mengancam keharmonian dan rasa saling menghormati yang menjadi asas kepada masyarakat majmuk di Malaysia.
“Insiden ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia mengenai kepentingan untuk menghormati semua agama dan budaya,” katanya.

Ganesan berkata permohonan maaf sahaja tidak melepaskan individu daripada akibat kelakuan mereka dan dalam apa jua keadaan yang menyebabkan kemudaratan berlaku, mereka perlu bertanggungjawab.

Ganesan berkata video tersebut amat menghina komuniti Hindu dan telah menerima kecaman meluas serta mencetuskan pelbagai laporan polis.

Malaysia Hindu Sangam

PM171167

“Walaupun penyampai itu telah memohon maaf, MHS mengambil maklum bahawa siasatan masih berjalan dengan pihak berkuasa mengendalikan kes ini di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan.
MHS menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden seperti ini tidak berulang,” katanya.

Tiga penyampai radio tersebut telah tampil untuk memohon maaf atas perbuatan mereka yang dianggap menyinggung sensitiviti kaum di negara ini. Mereka juga memohon maaf secara langsung di kompleks kuil Batu Caves berhubung video tersebut.

Pada 4 Mac, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap video tular yang melibatkan tiga penyampai radio Era FM itu, yang dillhat memperlekehkan satu upacara keagamaan.

PM171165PM171166Semalam MCMC telah mengeluarkan notis hasrat untuk menggantung lesen pengendali Era FM, yang diberikan tempoh 30 hari untuk mengemukakan maklum balas sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.

Astro Audio juga telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka serta menggantung tiga penyampai radio berkendan bersama dua petugas lain.

Sumber: Bernama

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...