Rahsia Buat Kerepek Pisang Rangup & Berlemak. Tambahkan Bahan Ini Ketika Menggoreng!

Rahsia Buat Kerepek Pisang Rangup & Berlemak. Tambahkan Bahan Ini Ketika Menggoreng!

Bagi mereka yang suka makan kerepek pisang, sudah pasti sebalang pun boleh dihabiskan. Yela, siapa yang boleh tolak kalau dapat kerepek pisang yang rangup, cukup rasa masinnya dan berlemak kan. Tidak terlalu masin dan tidak pula terlalu tawar. Rasa nikmat setiap kali menyuyahnya.

Menurut perkongisan Khaula Anis untuk mendapatkan kerepek seperti ini tak perlu letak garam, hanya letak marjerin semasa menggoreng. Warna pun cantik, dan tak perlu guna serbuk kunyit. Nak masak kerepek pisang yang rangup, cukup masinnya dan berlemak ada caranya, ada rahsianya.

Nak tambah aroma masukkan dua tiga hiris bawang putih semasa menggoreng. Ini rahsia dari peniaga kerepek. Bolehlah cuba nanti untuk makan sendiri atau jualan. Mari ikuti perkongsian beliau dibawah ini.

KEREPEK PISANG RANGUP BERLEMAK

3896

Kerepek pisang mudah 3 bahan.. Cukup rasa lemak masin rangup. Warna pun cantik tak perlu guna air garam dan serbuk kunyit. Nak tambah aroma masukkan dua tiga hiris bawang putih masa menggoreng rahsia dari peniaga kerepek.

BAHAN-BAHAN :

  • Pisang 1 sikat
  • Marjerin 1 cawan (200g)
  • Minyak masak 1/2 kilo

Saya guna pisang berangan..buat 1 sikat je

3897

Marjerin secawan

3898

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak dan masukkan majerin, kemudian barulah masukkan pisang yang telah disagat untuk digoreng

Selamat mencuba!

Boleh juga tonton video penuh seperti di bawah;

Sumber/Foto : Khaula Anis

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...