Ramai panas tengok vide0 mereka r0sakan harta kita, Ini punca sebenar

Ramai panas tengok vide0 mereka r0sakan harta kita, Ini punca sebenar

PM170077

Nak balik Palestin punca merusuh di Wisma Transit

Warga Palestin yang membuat kecoh dan merosakkan barang di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) di sini semalam seperti tular di media sosial dipercayai berpunca kerana mahu proses permohonan mereka pulang ke Palestin dipercepatkan.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata, insiden kekecohan itu berlaku jam 5 petang, semalam namun situasi itu dapat dikawal dengan baik oleh pihaknya.

Susulan insiden berkenaan, pegawai dan anggota ATM yang bertugas berbincang bersama dengan warga Palestin terbabit.

“Kekecohan dipercayai berpunca daripada keinginan warga Palestin yang mahukan proses permohonan mereka untuk kembali ke Palestin dipercepatkan.

“Situasi itu dapat dikawal dengan baik tanpa membabitkan sebarang pergaduhan dan kecederaan, hanya berlaku sedikit kerosakan terhadap peralatan perabot di WTKL,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu berkata, warga Palestin terbabit kemudian bersurai jam 7.30 malam.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden berkenaan,” katanya.

Terdahulu, rakaman video memaparkan sekumpulan individu warga Palestin membuat kekecohan dan turut didakwa merosakkan serta membakar barang di pusat transit.

Insiden itu menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat yang kecewa dengan kekecohan yang berlaku dan berharap warga Palestin dapat dihantar pulang ke negara mereka.

Sebelum ini pada Oktober tahun lalu, rakaman video wanita warga Palestin membuat kecoh dan merosakkan harta awam di WTKL tular di media sosial sebelum kemudian tampil membuat permohonan maaf.

Individu itu adalah sebahagian daripada 127 orang awam Palestin yang cedera dan tiba di Malaysia pada 16 Ogos tahun lalu untuk menerima rawatan perubatan di sini berikutan serangan Israel ke atas Gaza.

Pada 4 Ogos tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Perhimpunan Solidariti Palestin di Bukit Jalil, mengumumkan bahawa Malaysia merancang untuk menerima orang awam Palestin yang cedera bagi membolehkan mereka menerima rawatan di Malaysia.

Pada 16 Ogos, dua pesawat Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerbangkan 127 orang awam Palestin yang cedera dari Mesir ke Pangkalan Udara Subang TUDM.

Sumber-BH

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...