Resepi Apam Eno Mekar Lembut Gebu Gebas
Apam Eno, sentiasa mekar setaman, lembut dan gebu gabas. Tipnya tuang adunan penuh-penuh acuan, kukus api paling besar.
Bahan Tapai Nasi:
- 1 cawan nasi
- 1/4 bahagian ragi (potong 4 sama rata & ambil satu je daripadanya)
Bahan Apam:
- 1 cawan gula pasir
- 2 cawan air
- 3 cawan tepung beras cap Teratai
- 1 paket Eno warna biru (regular)
Bahan Sampingan:
- 1/2 biji kelapa parut (putih sahaja)
- 2 sudu besar gula pasir
- 1/2 sudu teh garam halus
Cara Membuatnya:
1. Tapai Nasi; Potong ragi menjadi 4 bahagian dan ambil satu daripadanya. Tabur ragi dengan menekannya pada penapis ke atas nasi. Pastikan nasi sejuk ye, bukan nasi yang panas. Kacau hingga sebati. Tutup dan peram selama 24 jam pada suhu bilik.
2. Masukkan tapai nasi ke dalam blender bersama gula, air dan tepung beras. Kemudian, blend hingga halus. Tuang ke dalam bekas dan tutup. Peram lagi semalaman pada suhu bilik. Bila nak kukus, baru campur Eno dan kacau rata. Adunan serta merta jadi gebu dan naik berganda.
3. Didihkan air dulu. Panaskan sekejap acuan, baru tuang adunan hingga penuh. Acuan tak perlu sapu minyak sebab apam tak akan melekat pada acuan. Kukus selama 10 minit di atas api paling besar Satu adunan akan dapat 33-35 biji apam, acuan lompang saiz sederhana.
4. Kacau kelapa dengan gula dan garam hingga sebati. Kalau nak kukus sekejap pun boleh supaya tahan lama, tapi saya tak kukus pun. Hidangkan apam bersama kelapa parut.
Resepi Oleh: Nor Al Fatihah T-hah