Resepi Ayam Bakar Sedap Guna 4 Bahan Sahaja
Assalamualaikum, di petang sabtu nie, iqa nk share dekat sini ye resepi Ayam Bakar Kewpie favourite kami sekeluarga dengan hanya guna 4 bahan sahaja.
Bahan-Bahan:
- Ayam (pilih bahagian yang disukai, hiris-hiris sikit atasnya dan basuh bersih, iqa pilih dada & drumstick)
- Kewpie dressing roasted sesame (botol kecik pun ada)
- Sos tiram
- Serbuk black pepper
Cara Membuat:
1. Ambil ayam yang telah dibasuh bersih tadi ke dalam satu bekas yang sesuai dan ada penutupnya. Curahkan kewpie dressing roasted sesame tu agak-agak bagi rata seluruh ayam dengan dekat bahagian yang kita hiriskan tadi.
2. Curahkan pula sos tiram, agak-agak sahaja bersama serbuk black pepper. Macam ika suka buh serbuk black pepper tu lebih, rasa lagi syok. Gaul rata bagi kena keseluruhan dan tutup bekas tersebut dan simpan dekat chiller semalaman.
3. Esok bangun pagi boleh bakar ayam perap kite tu dalam magic pan ye dengan api sederhana, buh minyak masak sikit-sikit je. Jangan lupa terbalikkan juga. Cuma bakar ni ambik masa lama sikit. Kalau nak goreng pun boleh, macam kita goreng ayam macam biasa tu dalam kuali. Atau nak panggang pun boleh, lagi cepat dan rasa pun sedap juga.
4. Dah masak ayamnya, hidangkan dalam pinggan dan boleh curahkan kewpie tu lagi atas ayam yang dah siap bakar. Selain rasa yang sedap, isi ayam tu lembut je.
Resepi Oleh: Shafiqah Abd Razak