Resepi Cucur Udang
2 1/2 cawan tepung tepung naik sendiri-
1 sudu besar tepung beras
1 biji telur
Semangkuk udang kecil- buang kepala, ekor & kulit udang semua
3 biji bawang besar holland- belah 2 dan hiris2
Rm1 taugeh
Secekak daun kucai- kerat2kan 2 inci
2 biji cili merah- potong kecil
1/2 sudu kecil lada sulah
Garam, gula & aji
Air sejuk peti ais untuk bancuh tepung
Cara2:
bancuh tepung2 dengan telur & air sejuk hingga adunan sepekat kita buat cekodok bilis..
kemudian masukkan semua bahan2 lain.. gaul sebati..
panaskan minyak yg agak banyak dalam kuali kemudian goreng cucur seperti biasa sehingga keemasan..
P/s: kalau nak tambah carrot pun boleh..
Sos pencicah
5 senduk cili blend
7 ulas bawang putih- tumbuk halus
Gula pasir @ gula melaka secukup manis yg anda suka
Garam secukup rasa
2 sudu besar Cuka
3 sudu besar Sos cili
1 sudu besar Sos tomato
3 cawan air
Cara:
Masukkan semua bahan masak sampai pekat.. api jgn kuat ye sbb ia mudah meruap.. api kecil je.. biarkan ia masak sampai betul2 pekat yg anda mahu.. jgn lupa rasa..