RESIPI KUETIAU SUP CHINESE STYLE
BAHAN SUP:
Ayam bahagian dada
1 inci halia – potong nipis
Bebola ikan secukupnya
1/2 kiub pati ayam
1/2 kiub pati bilis
2 sudu makan minyak zaitun – boleh abaikan jika tiada
Garam & air secukupnya
BAHAN-BAHAN LAIN:
Kuetiau – basuh bawah air mengalir @ bihun dicelur
Sayur Pak Choy – belah 4 bahagian (cuci bersih dan celur dalam sup sekejap)
Daun sup & daun bawang secukupnya – potong kecil
2-3 keping kek ikan (fish cake) – goreng & potong nipis
Isi ayam yang dicarik
Minyak bawang putih (tumbuk halus bawese ang putih & goreng api perlahan)
Cili potong + kicap (nak lagi sedap cili tu potong dan goreng sekejap baru masukkan kicap masin & manis)
CARA MEMASAK:
1. Masak ayam bersama halia dan air. Paras air menutupi ayam dan masak sehingga air mendidih dan ayam separuh masak.
2. Masukkan kiub pati ayam, kiub pati bilis, minyak zaitun dan bebola ikan.
3. Tambah air dengan secukupnya dan perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
4. Teruskan masak sehingga air mendidih dan ayam betul-betul masak.
5. Semasa kuah sup mendidih, celup sayur Pak Choy dan celur sekejap. Angkat dan toskan.
6. Bila sudah siap mencelur sayur, keluarkan isi ayam dan toskan. Kemudian carik hingga halus.
7. Isi kuetiau di dalam mangkuk, tambahkan bahan-bahan lain dan tuang kuah sup. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Afidah Catalyst