Resepi Kuih Lapis Lembut Bersama Teknik Dan Tips Yang Betul
Seringkali kita takut nak cuba buat kuih talam kukus terutama yang basic macam ni kuih lapis. Namun, kalau buatnya menjadi separuh loyang laju je dihadap. Nak membuatnya pun kena sabar. Lapis satu persatu kemudian kena dibiarkan sejuk. Seeloknya buat malam kita potong esok paginya untuk hidangan sarapan.
Lz kongsikan resepi step by step buat kuih lapis bersama beberapa tipsnya. Kongsikan supaya sama-sama kita dapat manfaatkan kuih tradisional orang lama ini.
Bahan-Bahan (guna loyang bulat 7 inci):
- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 1sb tepung jagung
- 1 cawan gula pasir
- 6 cawan santan
Blend semua bahan di atas.
- 1sb pewarna sirap ros
- Secubit garam
Cara Membuat:
1. Ok mula-mula blend semua bahan kecuali sirap dan garam. Tapiskan. Bahagikan kepada 2 bahagian sama sukatan guna senduk yang sama. Yang putih campurkan secubit garam supaya lebih lemak. Yang satu bahagian lagi letakkan 1 sb sirap ros tadi.
2. Mula panaskan pengukus. Kemudian, mula sendukkan adunan pertama yang warna putih. Lz ambil 2 senduk. Kukus selama 5 minit. Selepas 5 minit, carikkan dengan garfu permukaan kuih. Supaya ia melekat antara lapisan nanti.
3. Kemudian tuangkan pula adunan yang warna merah. Lz ambil 2 senduk juga. Kukus semula 5 minit. Ulang step tadi. Carik garfu, habiskan melapis sehingga siap. Kukusan akhir, kukus selama 20 minit hingga masak.
4. Bila dah masak, keluarkan dari pengukus dan biarkan sejuk bawah tudung saji semalaman. Sisipkan dahulu keliling kuih dengan pisau plastik yang sudah disapu sedikit minyak. Kemudian telangkupkan atas pinggan.
Tips:
- Sukatan tepung dalam cawan tidak terlalu padat atau terlalu penuh. Nanti kuih keras.
- Loyang sapu dengan minyak atau lapik plastik sekelilingnya sapu minyak. Nak mudah keluarkan kuih ni dari loyang selepas ia sejuk.
- Carikkan dengan garfu permukaan kuih. Supaya ia melekat antara lapisan nanti. Buat ini setiap kali kita melapis.
- Kukusan akhir, balut penutup kukus dengan kain. Supaya air kukus tak menitik atas kuih kita. Permukaan kuih jadi licin, cantik.
- Jangan lupa ye sapu dengan minyak pada pisau plastik kita barulah potongan licin dan cantik.
Resepi Oleh: Mizah Ngatiman