Ayah saya tukang masak rumah kenduri. Dan dia memang suka memperbaharui masakan dia terutamanya nasi… Pelbagai jenis nasi dia masak dan dia olah. Semuanya sedap2 dan semestinya mendapat pujian. Masak kerana Allah tiada sebarang caj dikenakan…. ayah
Resepi nasi beriyani ayah saya punya style
1kg beras basmathi (basuh toskan)
Sedikit daging dan tulang utk amek stok je (daging tu nanti buat kari pulak)
2-3 labu Bawang besar*
6 ulas bwg putih*
2 inci halia*
5-6 biji buah keras
*Separuh dihiris separuh diblend
3 helai daun pandan
Serba sedikit Jintan manis jintan putih kayu manis bunga lawang pelaga cengkih utk tumisan
1 senduk rempah beriani (ayah saya beli kedai mamak rempah briani ni)
1 senduk minyak sapi + sedikit myk masak
Suku tin kecil tomato puri
1/2 tin tomato sup
3 sdb oren sunquit
Sedikit jagung segar dan kismis
Sedikit gula batu dan garam secukup rasa
Secawan susu cair
Air secukupnya
Panaskn minyak sapi dan minyak masak. Masukkn bahan tumisan dan bawang2 yg hiris… dah garing masukkan tulang n daging. kacau sekejab baru masukkan air biar sampai mendidih utk ambil stok daging. Pastu angkat daging n tulang tu ketepikan. Masukkan bahan blend renih skejab dan masukkan rempah briani. Biar memekat. Masukkan tomato puri tomato sup gula batu dan oren Sunquit. Nampak dah masak cantik masukkan air. Dah menggelegak masukkan beras dan susu cair. Masukkan jagung dan kismis. Tgk kalau air kurang tambahkan sedikit air. Nak masukkan dlm rice cooker pn boleh lg senang. Tanak sehingga nasi masak.
Bahan2 tu sahabat2 blh la agak2 ye… Sbb biasa ayah saya masak utk banyak.
Slmt mencuba…. Moga menjadi la ye
Tkurang tu saya mohon maaf ye
Kredit Resepi : nor shakinah md zainal