Resepi Rempeyek Ayah Mentua Dapat Lebih 32K Shares, Nak Letak Ikan Bilis Lebih Pun Boleh!

Resepi Rempeyek Ayah Mentua Dapat Lebih 32K Shares, Nak Letak Ikan Bilis Lebih Pun Boleh!

Rempeyek atau peyek merupakan antara makanan yang selalu dijumpai ketika musim raya. Teksturnya yang rangup bila dikunyah dan kemasinan yang hadir daripada ikan bilis digoreng selain kacang tanah, sudah tentu menarik ramai peminat.

Resepi rempeyek ini telah dikongsikan oleh Puan Suhada Ghads. Menurut beliau, ini adalah resepi daripada ayah mentuanya yang berasal dari Johor yang sememangnya negeri terkenal dengan kemahiran kerepek dan rempeyek. Jom lihat resepi beliau di bawah!

Korang yang nak resepi rempeyek rasa asli orang zaman-zaman dulu boleh cuba.

RESEPI REMPEYEK KRUP KRUP RANGUP!3615

Bulan puasa ni ON ke tak ON buat peyek ya? Terkejut juga tadi naik balik post resepi ni di group MAHN dikongsi oleh 32k.

Resepi ayah mentua ni memang sedap. Orang Johor memang mahir bab-bab kerepek dan rempeyek. Tahun lepas kononnya berangan nak buat banyak-banyak dan open order. Last surrender sebab panas dan mengundang macam nak buka puasa duduk tepi kuali lama-lama.

Puas hati buat sendiri. Letaklah bilis 10 ekor ke kacang 10 biji. Favourite nya! Ni kerja suami yang memang mahir bab merempeyek hehe.

Wah! Ya saya share resepi. Tapi ini sukatan orang rumah. Macam ini lah lebih kurang caranya.

Bahan-bahan bancuhan:

3616

Antara tepung yang digunakan Puan Suhada.

  • 3 cawan tepung beras (saya guna cap Gajah).
  • 1 cawan tepung ubi.
  • 2 sudu (B) tepung jagung.
  • ¹/² cawan ketumbar (blend kering).
  • 1 sudu (B) jintan manis (blend kering).
  • 200g udang kering (blend kering).
  • 2 biji telur.
  • 1 cawan santan.
  • Garam secukup rasa.

Bahan-bahan lain:

3617

Gambar hiasan acuan rempeyek.

  • Ikan bilis
  • Kacang tanah
  • Acuan rempeyek

CARA PENYEDIAAN YANG MUDAH!

3618

  1. Air agak-agak, bancuhan jangan pekat, jangan cair sangat. Bancuh sahaja semua bahan adunan di atas dan boleh start menggoreng.
  2. Kacang dan ikan bilis, cuci bersih dan tos. Letaklah kacang dan ikan bilis mengikut selera.
  3. Masukkan sekali bancuhan rempeyek atas acuan bersama kacang dan bilis ketika nak menggoreng.

Selamat mencuba!

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...