Resipi Agar-Agar Sirap Rose Guna Santan Kotak
Resipi agar-agar yang cukup mudah dan sedap, agar-agar sirap rose. Guna santan kotak pun boleh hasilkan kesan lumut yang cantik.
Bahan-Bahan:
- 20g agar-agar tali – Boleh juga guna serbuk agar-agar yang 10gm @ 11gm.
- 5 cawan air
- 1 cawan gula
- Seketul kecil gula batu
- 1 biji telur gred A
- 1 kotak santan kara 200ml + dengan 1 cawan air jadikan 2 cawan santan
- 3 helai daun pandan – simpulkan
- Pewarna sirap rose
- Sedikit pewarna cochineal tiruan dari star brand
- Sedikit esen vanilla
- Sedikit garam
Cara Membuat:
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut agar-agar. Masukkan gula dan gula batu, kacau rata. Masukkan pewarna sirap rose. Tak nak bagi nampak pucat boleh tambah sedikit pewarna cochineal. Kacau-kacau rata.
2. Pecah telur dalam larutan santan, kacau hingga sebati (guna whisk). Tuang terus dalam periuk agar-agar tadi. Masukkan sedikit esen vanilla dan sedikit garam. Kacau seketika, api besar. Biarkan agar-agar tu masak mendidih membuak sampai permukaan periuk. Tutup api, baru dikacau-kacau seketika.
3. Tuang dalam loyang 8×8 dan biarkan beku atau sejuk seketika. Nanti akan terbentuk menjadi 2 lapisan sama (boleh juga selepas tuang adunan dalam loyang. Cuba gerak-gerakkan loyang kiri kanan sekejap bila agar-agar sejuk. Agar-agar lagi mudah terbentuk lapisan sama atas bawah.
4. Simpan aagar-agar yang dah sejuk ke dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam. Boleh dipotong ikut suka. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Zura Zul