Resipi Kuih Ulat Bulu Inti Kacang Merah
Done sejenis kuih untuk sarapan hari nie. Kuih Ulat Bulu yang agak popular di Pantai Timur. Macam kuih onde-onde tapi agak unik kerana bentuknya yang bujur.
Bahan-Bahannya:
- 1 1/2 cawan tepung pulut
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu teh air kapur
- Air secukupnya
- Sedikit pewarna pilihan
- Inti kacang merah (saya guna inti kelapa manis sebab dah ada stok dalam peti ais)
- 1 biji kelapa parut (amik putihnya sahaja)
- Sedikit garam
Cara Membuat:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan air kapur. Kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga menjadi adunan yang tak melekat di tangan. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan. Uli sehingga warna sebati.
2. Ambil sedikit adunan, letakkan inti dan bulat-bulatkan. Kemudian, gelekkan dengan kedua tapak tangan sehingga menjadi bentuk bujur memanjang. Buat sehingga habis adunan.
3. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan adunan yang dibentuk tadi, rebus sehingga timbul. Angkat dan masukkan ke dalam bekas yang mengandungi kelapa parut yang telah digaul dengan garam. Salut kuih dengan kelapa. Siap.
Nota: Kelapa parut tu boleh dikukus sekejap untuk elakkan daripada basi.
Resepi Oleh: Shah Shatry