Rezeki selepas berhenti berlakon, Hairul Azreen kini pemain….

Diterbitkan
4 jam lepas
pada
Pelakon Hairul Azreen kini ceburi dunia sukan elektronik (e-sports) apabila dia diterima sebagai pemain profesional Mobile Legend untuk pasukan Selangor Red Giants (SRG), baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Hairul atau nama lengkapnya Hairul Azreen Idris di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang tersebut selepas berhenti dari kerjaya anak seni.
Pemain profesional Mobile Legend
Instagram will load in the frontend.
Dalam perkongsian itu juga, dia memohon orang ramai supaya mendoakan agar urusannya dipermudahkan dan akan berikan yang terbaik kepada pasukan SRG.
“Alhamdulilah selepas berhenti berlakon, saya diterima sebagai pro player Mobile Legend team @srg.esportsmy.
“Doakan untuk saya dan saya akan cuba yang terbaik!” katanya.
Pemain profesional Mobile Legend
Tahniah Hairul!
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dan menzahirkan ucapan tahniah kepada aktor yang berusia 36 tahun itu kerana bukan mudah untuk menjadi pemain profesional pasukan SRG.
Sekadar info, Selangor Red Giants (SRG) mencipta sejarah di bumi Arab Saudi apabila menamatkan penantian 7 tahun untuk pasukan dari Malaysia bergelar juara Piala Pertengahan Musim MLBB, MSC 2024.
Dengan kemenangan tersebut, pasukan SRG membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM4.7 juta selain trofi MSC.
Sumber: Instagram @Hairul Azreen