Rot4n & Tekan D4da Kanak-Kanak Dengan Lutut, Guru Sekolah GISBH Dij4tuhi Hukvman Penj4ra 10 Tahun 

Rot4n & Tekan D4da Kanak-Kanak Dengan Lutut, Guru Sekolah GISBH Dij4tuhi Hukvman Penj4ra 10 Tahun

PM16432Guru sekolah agama milik Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) hari ini dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen.

Sebelum ini, tular video yang memaparkan Muhammad Barur Rahim Hisam, 23, merotan tiga kanak-kanak dan menekan dada salah seorang daripada mereka dan telah menaikkan kemarahan masyarakat.

Lelaki itu mengaku bersalah sebaik sahaja empat pertuduhan dibacakan terhadapnya dan sempat memohon maaf sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman.

“Untuk kes ini saya benar-benar insaf dan tekad serta berazam tidak akan mengulangi kesalahan ini,” katanya.

PM16431Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM10,000 dan sekiranya gagal mematuhi bon, boleh dipenjara enam bulan.

Mengikut keempat-empat pertuduhan itu, Muhammad Barur yang juga merupakan warden di situ didakwa seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap tiga kanak-kanak lelaki berusia 10 dan 11 tahun menganiaya mereka dengan merotan dan menekan dada menggunakan lutut salah seorang mangsa yang mungkin menyebabkan kesemua mangsa mengalami kecederaan fizikal.

PM16430Kesalahan itu didakwa dilakukan di dua premis di Bukit Raja, Klang Utara di sini pada Jun, Julai dan September 2024.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

PM16429Sumber : metro