Sah Along Cham, dibawa ke Mahkamah hari ni. Ramai terkejut lihat respon beliau saat ditahan
Disyaki miliki ganja, Along Cham direman 5 hari – Sensasi | mStar
PELAWAK Along Cham merupakan selebriti yang ditahan di kediamannya di Cyberjaya pada petang Sabtu kerana dipercayai memiliki dua paket dadah jenis ganja.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sepang iaitu Asisten Komisioner Norhizam Bahaman seperti dilaporkan Utusan.
Kata Norhizam, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, direman selama lima hari sehingga 19 Disember ini.
Antara barang rampasan ketika serbuan dibuat. Foto Ihsan: PDRM
Tempoh permohonan reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat, Selangor pada pagi Ahad.
“Permohonan ke atas suspek dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Pada Sabtu, media melaporkan seorang selebriti lelaki ditahan bersama dua paket disyaki dadah jenis ganja.
Serbuan yang dilakukan sekitar pukul 3.10 petang itu mendapati hasil ujian saringan air kencing selebriti berusia lingkungan 41 tahun itu positif dadah.
Polis turut menemukan dua paket lutsinar yang setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja anggaran berat keseluruhan 60.3 gram.
Suspek tiada rekod lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan dikenakan tidak kurang 10 sebatan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!