Salam takziah, MK K-Clique Diuji Dengan Pemergian Bapa Tercinta 

Salam takziah, MK K-Clique Diuji Dengan Pemergian Bapa Tercinta

PM16850Bapa MK K-Clique, Hamdan bin Hj Abdul Razak meninggal dunia hari ini apabila penyanyi dan pelakon itu memaklumkan khabar duka berkenaan di media sosialnya pada 27 Oktober 2024.

Menerusi posting tersebut, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin bin Hamdan telah berkongsi gambar hitam putih keranda yang berada di dalam van jenazah dengan memohon orang ramai mendoakan allahyarham bapanya.

View this post on Instagram

Bapa MK K-Clique meninggal dunia, mohon sedekahkan al-Fatihah

Dia yang hanya meninggalkan kapsyen ringkas memohon agar menyedekahkan surah al-Fatihah kepada allahyarham bapanya dan berharap supaya roh insan tersayang ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk bapa saya. Ya Allah, Ya Rabb, tempatkanlah Hamdan Hj. Abdul Razak dalam kalangan orang-orang beriman. Aamiin,” tulisnya.

PM16849

Rakan artis ucap takziah diatas pemergian Bapa MK K-Clique

Dapat dilihat rakan-rakan artis yang mengetahui tentang berita tersebut turut meninggalkan komen di ruangan Instagram tersebut dengan menzahirkan dukacita diatas kehilangan bapa kepada pelakon drama Aku Bukan Ustazah itu.

PM16848

Warganet ucap salam takziah

Rata-rata peminat turut sama mengucapkan salam takziah kepada MK dan keluarga dan mendoakan agar segala urusan dipermudah serta roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

PM16847

Doakan agar segala urusan mereka dipermudah

PM16846

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman

PM16845Sekadar info, MK K-Clique baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada Ogos lalu dan mengumumkan nama puteri sulungnya, Aya Rayana.

Walaupun jarang berkongsi momen bersama bapa, namun hubungan kekeluargaan antara mereka cukup rapat dilihat daripada muat naik yang di laman sosial sewaktu berkumpul bersama orang-orang tersayang.

Salam takziah buat MK K-Clique dan semoga ahli keluarga tabah serta reda dengan ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Sumber: Instagram hairiwhuut

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...