“Saya nak cinta Allah” – Kongsi Kisah Penghijrahan, Ini Doa Yang Diamalkan Nora Danish

“Saya nak cinta Allah” – Kongsi Kisah Penghijrahan, Ini Doa Yang Diamalkan Nora Danish

Umum mengetahui selebriti tanah air, Nora Danish kini tampil dengan imej berhijab. Berkongsi detik penghijrahannya, pelakon itu mendedahkan dia pernah berhasrat untuk mengenakan hijab apabila dia menginjak usia 40 tahun.

Perkara itu didedahkan dalam perkongsiannya menerusi satu podcast bersama pelakon Neelofa dan usahawan Natasha Ozeir.

Dalam video itu, Nora berkata ketika dia berumur 20-an, pelakon itu menetapkan dia akan mengenakan hijab sekitar umur 40 tahun.

Bagaimanapun, selepas mencecah umur tersebut dan masih belum mengenakan hijab, Nora tertanya apa yang dia telah lakukan sehingga masih belum berubah.

Luah pelakon berusia 42 tahun itu, dia seringkali berasa cemburu apabila melihat wanita yang bertudung dan individu yang dekat dengan agama.

“Jadi daripada situ saya dah mula cemburu dengan orang yang bertudung, cemburu dengan orang yang ada kesempurnaan hidup dari segi agama,” ujarnya.

Screenshot 2024 10 17 153442Setiap hari hafal doa agar dicintai & mencintai Allah

Mengulas lanjut, Nora mula mendalami ilmu agama dengan mengikuti kelas agama yang dianjurkan oleh rakan selebriti, Betty Rahmad.

“Jadi saya secara perlahan-lahan pergi kelas tadabbur yang dibuat oleh Betty Rahmad. Balik dari kelas tadabbur tu, rasa macam malu sebab diri masih tak berubah,” luahnya.

Tambahnya, sebelum perceraiannya dengan bekas suami Nedim Nazri, Nora telah berdoa agar dia diberikan rasa untuk mencintai dan dicintai Allah SWT.

“Ya Allah, saya nak mencintaimu, nak Allah cintakan saya, buatkan saya dekat dengan-Mu… sampai saya hafal doa setiap hari.

“‎اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ”

“Saya tak nak minta lain dah, saya nak fokus kepada Allah. Setiap hari saya doa benda yang sama tanpa henti selama empat tahun,” katanya.

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...