‘Saya rasa sgt….’. Ini reaksi beliau pada senarai yg tersebarr

“Sedih Nampak Nama Saya Disitu”- Bella Terkilan Ada Netizen Buat ‘Senarai Nama Untuk Dihalalkan’

ohmedia ateyn featured image 2024 10 16t121616.722

Baru-baru ini Bella Astillah telah meluahkan perasaan kecewa apabila mendapat tahu namanya antara dalam ‘senarai untuk dihalalkan’ yang dibuat oleh netizen di media sosial.

Menerus laporan Media Hiburan, Bella Astillah atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, berkata dia sedih kerana namanya tersenarai. Namun katanya itulah hakikat yang harus diterima.

Saya rasa sangat sedih nampak nama di situ.

Kalau ditanya bila nampak senarai itu, sudah tentu saya sedih. Tapi bagi saya, hidup perlu diteruskan

Senarai itu juga memaparkan nama-nama artis yang kini sudah berpisah dengan suami mereka.

ohmedia whatsapp image 2024 10 16 at 12.13.35 4e445e3d

Selain Bella, terdapat lima nama rakan artis yang turut terpapar dalam senarai tersebut.

Saya tak rasa gembira pun apabila nampak apa yang dikongsikan itu. Tapi inilah yang dinamakan takdir dan itulah hakikatnya.

Inilah senarai selebriti yang sudah bercerai atau kini bergelar janda.

Bella juga berkata dia agak terkilan apabila orang mempermainkan perkara tersebut. Ujarnya, tiada siapa yang berkahwin dan inginkan penceraian.

Cuma bila ada ketika ia seolah-olah dijadikan bahan jenaka, rasa sedihlah. Sebab saya percaya tiada siapa yang ingin berkahwin, kemudian kita merancang untuk bercerai.

Susulan itu, Bella kini hanya mahu menjaga diri dan tidak mahu bercakap lagi mengenai hal melibatkan penceraian atau janda.

Tinggal lagi sekarang saya mahu menjaga diri dan pandang ke depan. Saya okay sahaja cuma kalau boleh tidak mahu lagi cakap lagi mengenai hal melibatkan perceraian atau gelaran janda.

Bella juga mendakwa kini dirinya mahu memberi fokus soal kerjaya dan anak-anak sahaja.

ohmedia ateyn featured image 2024 10 16t121616.722Jap!

Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Media Hiburan

Berita lain yang popular…

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...