Sebelum tutup mata, saya ingin cuba nasib dalam Asia’s Got Talent – Lan Pet Pet

Sebelum tutup mata, saya ingin cuba nasib dalam Asia’s Got Talent – Lan Pet Pet

Pelawak anggota kumpulan Senario, Lan Pet Pet meluahkan hasrat ingin cuba nasib menyertai program realiti antarabangsa, Asia’s Got Talent, lapor BH Online.

Lan atau nama sebenar, Mazlan Ahmad berkata, dia sudah lama bercita-cita mahu menyertai program realiti berkenaan ketika ia mula diperkenalkan pada 2015.

Bagaimanapun, hasratnya untuk menunjukkan bakat istimewa menghasilkan pelbagai bunyi melalui mulut belum dapat ditunaikan kerana tiba lewat di tempat uji bakat.

Ingin cuba nasib dalam Asia’s Got Talent

Ujar pelawak berusia 55, dia tidak akan teragak-agak untuk mencuba nasib sekali lagi selain mengharumkan nama Malaysia.

“Saya akan buat yang terbaik untuk menaikkan nama Malaysia. Saya hendak jadi seperti Allahyarham Datuk Sudirman Arshad yang diangkat sebagai Penghibur No 1 Asia,” katanya.

WhatsApp Image 2024 09 20 at 3.56.50 PM 1Lan Pet Pet berkata demikian pada majlis doa selamat dan kesyukuran sempena kemenangan Senario pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36 serta tahlil untuk arwah bapanya di Hotel dan Restoran Al Maliki di Puncak Alam di sini, baru-baru ini.

Tak percaya Senario masih bertahan

Setelah tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, Lan memberitahu dia sudah tidak lagu dikejar, selain mencari keredaan Ilahi.

Pemenang Artis Komedi Popular pada ABPBH Ke-36 juga tidak percaya kumpulan Senario masih bertahan dan diterima peminat sehingga kini.

“Kami tidak sangka masih ada peminat sudi undi Senario. Saya ucapkan ribuan terima kasih.
“Walaupun gembira atas kemenangan itu, namun, jujurnya, saya amat takut dengan pujian. Sebab itulah ketika ambil trofi, saya ajak peminat di auditorium berselawat.
“Sekarang, saya hendak cari jalan ke akhirat. Saya mahu dekatkan diri dengan Allah dan Nabi Muhammad SAW.
“Atas alasan itu, saya mahu berhijrah ke Madinah jika diizinkan,” katanya.

Lan Pet NSTP Genes Gulitah 1731070392Sebelum ini, Lan Pet memaklumkan dia dan keluarga akan berhijrah ke Madinah pada tahun hadapan, selain berhasat meninggal dunia di sana.

Jelasnya, dia dan keluarga sepatututnya berpindah pada tahun ini namun menghormati perminataan balu kepada Allahyarham Hamdan yang mahu dia terus bersama kumpulan lawak berkenaan.

Ujarnya lagi, meskipun berhijrah ke sana kelak, dia akan kerap berulang alik kerana tidak akan sesekali meninggalkan kerjaya bersama Senario di Malaysia.

Sumber: BH Online (Serimah Mohd Sallehuddin)

Sumber ohmymedia

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...