Sedap Rupanya Asam Pedas Utara, Resipi Sihat Tanpa Guna Setitik Minyak!

Sedap Rupanya Asam Pedas Utara, Resipi Sihat Tanpa Guna Setitik Minyak!

Resepi asam pedas utara ini berbeza dengan asam pedas Melaka ataupun Johor. Versi utara ini adalah kuah yang dimasak cair dan tidak pekat seperti asam pedas lain.

Sesuai dimakan bersama nasi panas-panas bersama ulam-ulaman, sambal belacan atau ikan kering. Yang paling menariknya kuahnya boleh dihirup sehingga titisan kuah yang terakhir. Sedap sangat!

Kalau ada yang mahu mencuba, ikuti resipi perkongsian oleh Mohd Rozmie di bawah.

RESEPI ASAM PEDAS UTARA

8275Bahan-bahannya:

8272Bahan kisar halus:

Cara memasak:

1. Kisar halus bawang merah, cili kering dan belacan.

82732. Masukkan bahan kisar halus tadi ke dalam periuk (tanpa minyak) dan jangan lupa buka api.

3. Tambahkan 2 mangkuk air atau mengikut sukatan kuah yang diingini.

4. Masukkan ikan kembung yang sudah dicuci bersih.

82745. Masukkan bunga kantan yang telah dibelah dua. Masukkan daun kesum. Bahan yang perlu ada untuk masak asam pedas utara ini.

6. Masukkan 3 keping asam keping.Kalau nanti kurang masam, tambahkan lagi asam keping. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

7. Tutup tudung periuk dan kecilkan api. Biarkan bahan masakan mendidih dan ikan masak elok.

8. Bila sudah mendidih dan ikan pun masak, masukkan bendi dan tomato serta terus tutupkan api. Biarkan bendi dan tomato layu dalam suhu periuk yang panas ini.

9. Dah siap asam pedas utara. Sedapnya bila dapat hirup kuah asam pedas ni.

8275Selamat mencuba!

Kredit resipi: Mohd Rozmie

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...