Banyak kali lafaz talak pada ibu, tapi tak mengaku. INI video..

Rumah tangga pelakon terkenal Edika Yusof kini berada di hujung tanduk apabila isterinya, Nor Hidayah Yusri mendedahkan 10 alasan kukuh bagi memfailkan penceraian terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Rabu lalu.

Menurut peguam mewakili Hidayah, Mohd Yazid Hazim, kesemua alasan yang dikemukakan adalah bersifat kritikal dan mencerminkan konflik serius yang telah lama bergolak dalam rumah tangga pasangan ini.

VIDEO :

Watch on TikTok

 

Sebab yang kami berikan adalah paling kritikal dalam rumah tangga mereka. Ia sudah lama berlaku dan patut diselesaikan sejak dulu lagi.- Katanya.

Yazid bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci kesemua dakwaan berkenaan atas dasar menjaga aib anak guamnya.

Isteri Edika Yusof dakwa maruah tercemar, anak-anak jadi saksi…

PM172061

Lebih mengejutkan, dakwaan yang dikemukakan turut melibatkan maruah Hidayah sebagai seorang isteri dan disokong oleh anak-anak mereka sendiri.

Ada 10 dakwaan terhadap Edika termasuk yang mencemarkan maruahnya sebagai isteri. Dakwaan ini semua disaksikan oleh anaknya dan menyokong dakwaan Hidayah.- Ujar Yazid.

Beliau turut menjelaskan bahawa Hidayah telah lama memendam rasa demi menjaga nama baik keluarga.

Hidayah bermurah hati mahu menjaga maruah keluarga selama ini. Baru sekarang dia ada kerelaan hati memfailkan cerai.- Tambahnya lagi.

Kes penceraian ini difailkan oleh Hidayah pada pertengahan Februari lalu dan 5 Mei depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes. Perkembangan terbaru ini tentunya membuka mata ramai yang sebelum ini menjadikan pasangan ini sebagai ikon setia dan tabah dalam rumah tangga.

Pssttt! Tak semua yang kita lihat indah di luar, turut sempurna di dalam. Dalam sesebuah perkahwinan, maruah dan kesihatan emosi seseorang amat penting untuk dipelihara. Jika sesuatu hubungan mula membawa kesan buruk kepada jiwa dan anak-anak, mungkin sudah tiba masa untuk mempertimbangkan jalan yang terbaik demi kebaikan semua pihak.

Kredit: mStar

Recommended
  • Recommended Content

    “Siksa Di Dunia, Ketawa Di Akhirat” – Perkongsian Linda Hashim Undang Tanda Tanya Peminat | PADUMEDIA PRESS

  • Recommended Content

    Mahu rakyat lebih berhati2, ini jwpn PMX isu jalur gemilang | PADUMEDIA PRESS

  • Recommended Content

    “Ini sesuatu yg menyedihkan, kami pekebun bersedia…” Baru je dibebaskan, Ini luahan MP raub | PADUMEDIA PRESS