“Sekeji-Keji Mana Pun Si Jahil, Keji Lagi Si Penunggang Agama” – Bekas Menantu Ustaz Engku Fadzil 

“Sekeji-Keji Mana Pun Si Jahil, Keji Lagi Si Penunggang Agama” – Bekas Menantu Ustaz Engku Fadzil

Bekas ratu cantik Malaysia, Shakila Saiful meluahkan rasa syukur kerana berjaya menang dalam kes saman fitnah terhadap bekas bapa mentuanya, Ustaz Engku Fadzil yang juga seorang tokoh Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA).

Menerusi hantaran yang dibuat di aplikasi Threads, Shakila berkata keadilan akhirnya berjaya ditegakkan dan dia berada di pihak yang benar.

IKLAN

“Keadilan berpihak pada saya”

aswaja

Shakila berkata lagi, dia masih ingat kesakitan yang dilaluinya selepas pihak tersebut hadir dalam hidupnya.

shakila saiful

Menurut bekas ratu cantik yang merupakan pelakon ini lagi, tidak kiralah betapa besar pengaruh dan kedudukan seseorang itu, Allah SWT lebih berkuasa.

Tidak kira betapa besar, berpengaruh atau kuatnya anda rasa, ingatlah, Allah lebih besar daripada anda. Apa sahaja yang Dia berikan hari ini, Dia juga mampu mengambil semuanya kembali esok. Jangan sekali-kali sombong dan memandang rendah pada orang lain, kerana kita tidak tahu di mana kita akan berada esok.

Terdahulu, Ustaz Engku Fadzil meminta sumbangan ikhlas sebanyak RM60,000 daripada orang ramai demi membiayai kos guaman di peringkat rayuan selepas kalah saman fitnah terhadap bekas menantunya.

Fakta kes

Memetik laporan Gempak, kes bermula apabila Ustaz Engku Fadzil memulakan saman terhadap Shakila Saiful di Mahkamah Tinggi Shah Alam di bawah kausa fitnah.

Dalam saman itu, Engku Fadzil mengatakan Shakila telah memfitnahnya di media sosial tentang pengguguran kandungannya.

Namun, mahkamah mendapati Engku Fadzil gagal membuktikan kes dan perlu membayar kos sebanyak RM25,000 kepada Shakila.

Kes saman kedua

Shakila seterusnya membuat saman balas berkenaan kausa penipuan/salahnyataan. Shakila mendakwa bapa mentuanya, Engku Fadzil melalui Engku Fakhruddin (bekas suami) telah membuat representasi salah dan/atau penipuan apabila meyakinkan Shakila untuk menggugurkan kandungannya dengan mengatakan Fatwa Negeri Perlis dan Pahang membenarkan perbuatan tersebut.

Kemenangan berpihak kepada Shakila apabila mahkamah mendapati Shakila berjaya membuktikan kes terhadap Engku Fadzil dan Engku Fakhruddin. Kedua-dua mereka perlu membayar gantirugi sebanyak RM80,000 kepada Shakila.

Shakila dedah pengalaman pahit di media sosial

Memetik laporan Malaysia Gazette, Shakila Saiful mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan dalam perkahwinan meskipun telah berkorban dengan menggugurkan kandungan atas desakan keluarga suaminya.

Shakila mengakui pernah menggugurkan kandungan berusia sebulan walaupun pada awalnya dia enggan melakukan tindakan tersebut.

Dakwanya, keputusan menggugurkan kandungan itu dibuat selepas menerima tekanan dan pujukan dari pihak keluarga suaminya yang menyatakan ia dibenarkan atas alasan fatwa di dua buah negeri.

Shakila berkahwin dengan suaminya pada 22 Mei 2022 sebagai sebahagian daripada janji untuk menggugurkan kandungan yang difahamkan sebagai anak luar nikah.

Namun, perkahwinan tersebut tidak bertahan lama apabila suaminya telah memfailkan perceraian di mahkamah syariah tanpa memberikan alasan yang kukuh.

aswaja

Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Threads Shakila Saiful | Astro Gempak | Malaysia Gazett

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...