‘Sentuh’ Murid Perempuan Yang Sedang Bersujud Solat Subuh, Lelaki Ditahan P0Iis

‘Sentuh’ Murid Perempuan Yang Sedang Bersujud Solat Subuh, Lelaki Ditahan P0Iis

Sebentar tadi, media sosial telah dikejutkan dengan kejadian ‘gila’ yang berlaku di Masjid Jamek Sungai Masin, Batang Kali, Hulu Selangor. Murid perempuan yang kebetulan sedang mengikuti solat Subuh berjemaah di saf kedua secara seorang diri tiba-tiba disentuh oleh lelaki yang tidak dikenali dari arah belakang.

Murid itu ‘disentuh’ ketika sedang berada dalam posisi bersujud

VIDEO PENUH : 

Lebih teruk lagi, lelaki berkopiah putih dan berjersi kuning itu turut cuba melondehkan seluar kanak-kanak berkenaan sebelum mengangkatnya keluar dari ruangan solat. Kemudian, murid itu dibawa masuk ke dalam satu ruangan lain agar dia dapat ‘melancarkan’ kerja terkutuk itu. Walau bagaimanapun, perbuatan itu dihentikan dan dia segera beredar dari situ setelah budak berkenaan cuba melawan.

PM170889
Paparan daripada CCTV masjid

Maklumat lain mengesahkan suspek sudah pun ditahan

Kejadian tersebut berlaku pada pagi tadi dan ia telah disahkan sendiri oleh pihak masjid berkenaan. Perkembangan lanjut turut berkata, suspek telah pun ditahan untuk siasatan lanjut dan PDRM akan mengeluarkan kenyataan lanjut dalam masa terdekat.

PM170888Paparan daripada CCTV masjid

Kerajaan Selangor harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas

Dalam pada itu, pihak Kerajaan Selangor turut berharap agar tindakan tegas terhadap si pelaku dapat diambil. Tambahan pula, perbuatan keji yang dilakukan itu pastinya seakan mencalarkan imej masjid sebagai sebuah tempat suci dan selamat.

PM170887
Paparan daripada CCTV masjid
@majoritiofficialAstaghfirullah. Kesian adik tu mesti trauma #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #batangkali #masjid #surau♬ Suspense – Gold-Tiger

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...