Shahida menarik nafas lega anak perempuan Aliff Syukri bukan hidap kanser

Shahida menarik nafas lega anak perempuan Aliff Syukri bukan hidap kanser PM170886

Usahawan Datin Seri Nur Shahida mampu menarik nafas lega apabila anak perempuannya iaitu Qadejah El Zahra tidak menghidap kanser hidung.

Sebaliknya kata Shahida, 40, keputusan biopsi yang dilakukan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan Qadejah, 15, hanya dijangkiti bakteria daripada kucing.

“Semalam (Rabu) dapat keputusan biopsi dan ia bukan kanser atau tuberkulosis (TB).

PM170884Shahida kongsi detik rawatan yang dilakukan ke atas anaknya.

“Tapi terkena jangkitan bakteria daripada kucing. Doktor beritahu mungkin jangkitan berlaku semasa dia pegang kucing yang dicakar atau digigit,” katanya.

Shahida berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok miliknya pada Khamis.

Dalam pada itu, Shahida tidak menolak kemungkinan Qadejah dijangkiti bakteria tersebut semasa mereka bercuti di Turki pada penghujung Januari lalu.

Kata Shahida, anak perempuannya itu memang menyayangi kucing malah membela dua ekor haiwan tersebut di rumah.

“Di Turki memang banyak kucing terbiar dan gemuk-gemuk! Mungkin dia pegang kucing di sana dan terkena jangkitan itu, saya kurang pasti.

“Tapi apa-apa pun puncanya memang terkena bakteria kucing,” jelasnya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila usahawan Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik video memaparkan Qadejah sedang menahan sakit dan menangis ketika mendapatkan rawatan doktor.

PM170885Qadejah ditemani ibu bapanya ketika mendapatkan rawatan.

Aliff atau Aliff Syukri Kamaruzaman, 38, bagaimanapun tidak mendedahkan penyakit anaknya namun berharap orang ramai mendoakan kesihatan Qadejah.

Untuk rekod, Shahida mendirikan rumah tangga dengan usahawan sensasi Aliff Syukri pada Ogos 2007.

Selain Qadejah, pasangan itu turut dikurniakan lima lagi cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...