Siap ada jongkong emas, macam macam negara duit yang di rampas

Siap ada jongkong emas, macam macam negara duit yang di rampas

PM171090Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengambil keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi pada Rabu ini, berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Menurut laporan Bernama, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan perdana menteri kesembilan itu merupakan suspek bagi siasatan kes berkenaan.

Ismail Sabri kini suspek

PM171088

“Saya boleh katakan beliau (Ismail Sabri) adalah suspek dalam kes ini, ini kerana pertama Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 telah diberikan kepada beliau untuk membuat pengisytiharaan harta.
“Kedua, bila terjumpa wang ini dan beliau antara yang dikaitkan, maka kita perlu mendapatkan penjelasan daripada beliau tentang penemuan wang ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ismail Sabri kini suspek

PM171087PM171086Longgokkan wang tunai, barangan kemas serta jongkong emas yang dirampas SRPM

Semalam, SPRM dilaporkan berkata Ismail Sabri sedang disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram dan fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.

Sumber: Bernama

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...