Sufian Suhaimi Akhirnya Sah Menjadi Suami Kepada Rania Al Sadat

PM172279

Desas-desus mengenai pernikahan penyanyi dan pelakon Sufian Suhaimi dengan teman wanitanya, Rania Al Sadat semakin kuat selepas beberapa petunjuk mula muncul di media sosial.

Menurut laporan Kosmo, pasangan ini dikatakan bakal melangsungkan majlis akad nikah secara tertutup di ibu negara pada hari ini.

Sufian Suhaimi tinggalkan komen romantis

PM172275

Spekulasi semakin hangat apabila Rania memuat naik gambar majlis bersiramnya yang dilihat lengkap mengenakan kebaya dan kain batik di kepala.

“Wanita Melayu terakhir ke ini?” – Sufian Suhaimi

“Terakhir untuk awak.” – Rania

Akhirnya sah bergelar suami isteri

PM172276

Terbaru! Sufian dan Rania sudah sah bergelar suami isteri dan perkara ini dikongsikan pihak Era FM menerusi Instagram mereka. Tahniah diucapkan, semoga berbahagia hingga ke akhirnya!

Pasangan ini sebelum ini pernah putus tunang pada April tahun lalu, namun dikatakan kembali berbaik selepas dilihat bersama beberapa bulan kemudian.

Jodoh itu rahsia Allah. Kadang-kadang berpisah untuk kembali lebih kuat. Semoga yang baik-baik buat Sufian dan Rania. Jangan lupa doakan yang baik untuk pasangan lain juga!

Video sekitar majlis resepsi :

Video Player