Skip to content

My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Kesihatan
  • Tazkirah
Menu

Tahanan Rohingya Lolos “Dua Dalang Utama Ditahan” Dua Masih Dikesan

Posted on April 23, 2022 by admin

Tahanan Rohingya Lolos: Dua Dalang Utama Ditahan, Dua Masih Dikesan

BANDAR BAHARU, 22 April – Dua lelaki Rohingya yang menjadi dalang utama mencetuskan insiden tahanan lari dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap awal pagi Rabu lepas, ditahan semalam.

Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad berkata suspek utama yang dikenal pasti berusia 34 tahun itu sudah tiga tahun menjadi tahanan dan sebelum ini ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen di Semenyih, Selangor manakala suspek kedua berusia 30 tahun.

Beliau berkata dua lagi dalang utama kes itu yang masih dikesan dikenali sebagai Muhammad Salim Nur Amin, 21, dan Mohd Yunus, 44.

“Selepas tiga hari operasi, kami kenal pasti empat individu ini yang menjadi dalang utama dan siasatan masih diteruskan serta usaha mengesan akan berjalan sehingga kesemua mereka ditemukan semula,” katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan di Bukit Thorn di sini hari ini.

Sebelum ini, lima tahanan etnik Rohingya yang bersembunyi di bukit itu berjaya ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA).

Wan Hassan juga berkata siasatan awal mendapati punca kejadian adalah akibat daripada tahanan terlalu lama berada di dalam depot dan mendakwa kawasan itu terlalu sesak.

Katanya siasatan masih diteruskan dan operasi mencari membabitkan pasukan udara, Unit Anjing Pengesan (K9) dan PGA dengan kekuatan 287 pegawai serta anggota polis dari Kedah, Pulau Pinang dan Perak akan diteruskan sehingga semua saki-baki tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri berjaya ditemukan semula.

Beliau berkata setakat 5 petang ini, seramai 88 tahanan terdiri daripada 71 lelaki dewasa, sembilan wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan belum ditemukan.

“Hari ini adalah operasi hari ketiga dan kami percaya mereka akan mula keluar akibat kelaparan dan itu memudahkan tangkapan dibuat.

“Orang ramai juga dinasihat untuk tidak melindungi mereka kerana boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 216 Kanun Keseksaan,” katanya.

Insiden pada awal pagi Rabu lepas menyaksikan sejumlah 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya melarikan diri, bagaimanapun enam daripada mereka maut dirempuh kereta ketika cubaan melarikan diri di lebuh raya.

— BERNAMA Via Siakap Keli

Share this:

Related posts:

  • 2 bulan tak dapat bayaran penuh, sekali bersuara tanya pasal gaji terus dipecat! Lelaki cuma ada RM30 untuk sara keluarga

  • “Anak Keduaku, Khabib Umar,” – Lengkap Sepasang, Syahmi Sazli Dan Isteri Timang Bayi Lelaki

  • Pantang Larang Air Fryer Yang ‘Wajib’ Tahu Supaya Tahan Lama Dan Tak Cepat Rosak

  • (VIDEO) Warga Emas Cipta Dapur Guna Air, Tanpa Guna Gas Dan Minyak Tanah

  • Cara Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad Waktu Kecemasan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • Ayam Goreng Sedap Tetap Garing Walaupun …
    July 6, 2022
  • Jual Mi Celup RM2 Dan Segelas Air Dengan…
    July 6, 2022
  • Tomyam Paling Disukai Ramai, Tiba-tiba R…
    July 6, 2022
  • Duit Simpanan Anak Mencecak 5 Angka Seta…
    July 6, 2022
  • (VIDEO) Beli Cincin Murah Harga RM48, Ju…
    July 6, 2022
  • [VIDEO] Seb4k walaupun bukan anaknya, ia…
    July 6, 2022
  • Tips Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat S…
    July 6, 2022

Kategori

  • Artis Malaysia
  • DUNIA
  • Haiwan
  • keluarga
  • Kesihatan
  • Petua
  • resepi
  • Semasa
  • Tauladan
  • Tazkirah

ARKIB

  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2022 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme