Tahiyat Akhir Rumi Dan Jawi Serta Terjemahan, Rukun Ke 10 Dalam Solat

Sebelum kita masuk kepada tahiyat akhir rumi dan jawi, perlu kita ingat bahawa:

Terdapat 13 rukun solat yang wajib kita lakukan iaitu;

  1. Berdiri tegak.
  2. Niat.
  3. Takbiratul ihram.
  4. Membaca surah al-Fatihah.
  5. Rukuk dengan tama’ninah.
  6. Iktidal.
  7. Sujud.
  8. Duduk antara dua sujud dengan tama’ninah.
  9. Duduk tasyahud / tahiyat akhir dengan tama’ninah.
  10. Membaca tasyahud / tahiyat akhir.
  11. Membaca selawat ke atas nabi Muhammad SAW pada tasyahud/tahiyat akhir.
  12. Memberi salam yang pertama.
  13. Tertib

Jelaslah, bacaan tahiyat akhir adalah merupakan salah satu rukun solat yang wajib kita lakukan dengan sempurna (baca dengan makhraj dan tajwid yang betul).

Bagi yang baru belajar, berikut dikongsikan bacaan tahiyat akhir rumi dan maksudnya dalam bahasa melayu

Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir dibaca ketika duduk tahiyat sama ada pada rakaat kedua ataupun rakaat terakhir

Semasa mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), hendaklah kita menegakkan jari telunjuk kanan.

Tahiyat Akhir Rumi Dan Jawi Serta Terjemahan

tahiyat akhir rumi

Tahiyat akhir rumi Serta Maksud

AtTaHiyaTul MubaRakaTush SolawaTuth ThayYiBaTu Lillah.

Assalamu’alaika AyyuHan NabiyYu WarahMatullaHi WaBaRaKaTuh.

Assalamu’Alayna Wa ’Alaa ‘ibaDilLaHis Solihin.

Asyahadu alLaa ilaHa ilLallah.

Wa ’AsyHadu Anna Muhammadar Rasulullah.

AllahumMa Solli ’Alaa Muhammad Wa ’Alaa Ali Muhammad.

Kama SollayTa ’Ala Ibrahim Wa ’Alaa Ali Ibrahim.

Wabarik ‘Alaa Muhammad Wa ’Alaa Ali Muhammad.

Kama BarakTa ‘Alaa Ibrahim Wa ’Alaa Ali Ibrahim Fil ‘AlaMin inNaka Hamidum-Majid.

Maksud Daripada Tahiyat Akhir Rumi

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.

Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Anda Mungkin Berminat

Sumber Dan Rujukan