“Tahniah, Siap berselempang.” Sharifah Shahirah & suami kini bergelar ‘datuk’ 

“Tahniah, Siap berselempang.” Sharifah Shahirah & suami kini bergelar ‘datuk’

PM169761Selebriti serba boleh, Sharifah Sakinah mengumumkan dia kini sudah bergelar nenek selepas anak sulungnya, Tallisya selamat melahirkan anak, hari ini.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah cara aktres berusia 50 tahun itu mengumumkan berita gembira di media sosial.

Sharifah Shahirah, suami bergelar ‘datuk’

Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera dilihat bersama suaminya yang juga pelakon, Ijoy Azari siap memakai selempang seperti menerima anugerah gelaran Datuk di istana.

“Giliran kami pula dapat ‘datuk’ di hospital di Kuantan Pahang. Tahniah Datuk Ijoy. Selempang dah sama dengan jalan raya.
“Allah bagi rezeki jadi Datuk. Siapa suruh kahwin dengan aku. Dapatlah gelaran datuk. Orang lain ambil gelaran itu di istana, kami ambil di hospital,” tulis Shiera.

PM169758

Tahniah Datuk dan Nenek!

Meninjau di ruangan komen, ramai meninggalkan ucapan tahniah selain turut terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Shiera di Instagram.

PM169753PM169757PM169756PM169755PM169754Untuk rekod, Tallisya, 26, merupakan anak hasil perkahwinannya bersama bekas suami iaitu penyanyi Jatt Ali atau dikenali Jatt Black Dog Bone

Shiera kemudiannya berkahwin dengan pelakon Ijoy Azhari pada 2003 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Airel, 20, Airra, 17, Audra, 15 dan Adeena, 8.

Sumber: Instagram shieraijoy

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...