” Tahniah Ustazah Farhatul dan Ustaz Ilham. Sama cantik, sepadan dan seiras muka

” Tahniah Ustazah Farhatul dan Ustaz Ilham. Sama cantik, sepadan dan seiras muka.. ” – Komen Netizen

PM169593Video majlis akad nikah qariah terkenal, Farhatul Fairuzah dan pasangannya, Ilham Amri. Wah bukan gimik lagi, betul-betul Farhatul kahwin. Pandai simpan rahsia, tahu-tahu dah nikah. Sama cantik sama padan, tahniah Farhatul.. 

Baru sahaja berlangsung sebentar tadi, majlis akad nikah juara qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019, Farhatul Fairuzah. Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Farhatul sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Ilham Amri.

Menurut laporan portal Gempak, Ilham adalah seorang ustaz dan juga mutawwif untuk sebuah syarikat pelancongan yang menguruskan Umrah. Ketika majlis ini, Farhatul menerima mas kahwin berupa 1 Dinar emas.  Menerusi perkongsian di akaun Instagram Fedtri Yahya, telah dikongsikan video dan gambar sekitar majlis akad nikah Farhatul itu.

Farhatul tampil cantik dalam persalinan pengantin berwarna putih. Begitu juga Ilham segak mengenakan baju Melayu sedondon warnanya. Abang kepada Farhatul menyempurnakan upacara akad nikah dan menikahkan sendiri adiknya ini. Sama cantik dan sama padan, itu yang dapat digambarkan buat kedua mempelai ini.

PM169591Dekorasi pelamin yang dihias dengan bunga-bungaan berwarna putih menaikkan lagi seri majlis ini. Tiada sebarang khabar angin, tiba-tiba sahaja berlangsung majlis pernikahan Farhatul.  Pandai Farhatul simpan rahsia. Farhatul sendiri juga seakan bermimpi dan tidak percaya dia bernikah pada hari ini.

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...