Anak kepada pelakon dan penyanyi, Kazar, itu ternyata mahu menunjukkan bakat terpendamnya dalam bidang nyanyian.
Ditanya sama ada dia sudah sedia menerima kritikan sekali lagi di atas keputusannya untuk mengeluarkan single tersebut untuk bergelar penyanyi?
Ira berkata: “Saya bakal keluarkan single berjudul ‘Tak Kisah’ tak lama lagi. InshaAllah bulan depan rakam muzik video. Tak Kisah sebab lantaklah apa orang nak kata,” – kata Ira kepada Beautifulnara.
Ira Kazar menegaskan dia sudah lali dengan kecaman warganet ke atasnya. Terutama sekali yang melibatkan kisah peribadinya. Kerana baginya kecaman yang diterima itu perkara biasa. Kerana netizen hanya membaca kisah ditulis di internet.
Sebaliknya mereka tidak tahu hal sebenar yang berlaku, kata Ira Kazar lagi.
Ira Kazar sebelum ini menggemparkan peminat apabila dia berkahwin dengan Syamsul Yusof di Thailand pada Januari lalu. Menyebabkan Puteri Sarah Liyana menuntut cerai daripada Syamsul Yusof.
Beberapa bulan kemudian, Ira Kazar dan Syamsul pula disahkan bercerai. Syamsul Yusof memutuskan untuk menceraikan Ira Kazar setelah mendapati bahawa kedua dua mereka tidak ada persefahaman dalam perhubungan mereka.
Bercakap soal jodoh, Ira Kazar terbuka menerima lelaki lain selepas ini yang penting bukan dari kalangan selebriti atau orang dari dalam industri hiburan, katanya lagi.