Tak melatah pun bila suruh pakai tudung, Netizen teruja lihat Elly Mazlein bertudung

Tak melatah pun bila suruh pakai tudung, Netizen teruja lihat Elly Mazlein bertudung

PM170847Pengacara dan pelakon Elly Mazlein menangis ketika mendengar nasihat daripada pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ustazah Asma dilihat sedang mempromosikan hijab sebelum Elly mendatanginya lalu menyarung sehelai tudung berwarna hijau.

Alhamdulillah syukur, hari ini dapat jumpa dan belajar daripada ustazah. Ini satu rezeki.

Ustazah Asma’ kemudian tidak henti-henti memuji pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu dan mengakui meminatinya dalam diam.

Ini pun rezeki juga untuk saya. Dalam diam saya pun peminat awak, suka tengok aksi dan gelak tawa awak.

Dalam masa yang sama, Ustazah Asma’ berkata, bakat yang dimiliki Elly bukanlah sia-sia kerana ia menjadi hiburan dan memberikan rasa gembira dalam diri setiap insan yang menontonnya.

Ramai rakyat Malaysia yang membesar dengan hiburan kerana artis adalah insan seni yang mengisi hati kita dan yang membuatkan hari-hari kami ceria.

Itu pahala. Nabi pernah ditanya, siapakah orang yang paling dicintai Allah..Nabi jawab orang yang menggembirakan hati orang lain dan yang mempermudahkan urusan mereka.

Allah berikan kepada awak bakat yang tidak ada pada orang lain, semoga bakat-bakat itu dibawa ke syurga.

Nasihat ustazah

PM170846Elly tersentuh mendengar pujian daripada Ustazah Asma’, lalu meminta mendoakan kebaikan untuknya.

Doakan yang baik-baik, saya pun nak sangat jadi macam ini (berhijab). Terima kasih ustazah.

Sementara itu, pendakwah tersebut turut berkongsi tentang pendapatnya tentang penghijrahan selebriti yang dilihat memberi impak positif terhadap masyarakat.

Jadi lebih baik daripada saya insya-Allah. Apabila artis berhijrah, mereka akan berhijrah dari gelap ke putih dan menjadi inspirasi kepada ramai orang yang jauh lebih baik daripada dakwah saya.

Minta maaf saya bercakap tentang aurat. Aurat adalah satu kewajipan tetapi ada orang dia tutup aurat tapi kewajipan lain banyak yang dia tak buat.

Kita jangan berat sebelah. Contohnya, kalau dia tidak tutup aurat, semuanya tidak baik..bukan begitu sedangkan mengumpat juga adalah dosa besar.

Jadi kita kena adil kerana semua orang mahu ke arah kebaikan.

Pengacara berusia 45 tahun itu dilihat tidak mampu menahan air mata selepas mendengar kata-kata nasihat tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Asma’.

Sumber: TikTok

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...