TANPA berselindung, penyanyi Mas Idayu mengaku dia yang menuntut cerai daripada bekas suaminya iaitu Muhamad Sufian Che Isa.
Mas atau Mas Idayu Mesnun, 53, berkata, dia mempunyai alasan mengapa dia mahu bercerai malah menegaskan dia layak berbuat demikian.
Pun begitu, penyanyi dangdut ini memilih tidak berkongsi punca dia memohon cerai kerana enggan membuka aib sesiapa.
Mas ada sebab tersendiri minta cerai daripada Sufian.
“Kalau ditanya kenapa, saya sangat-sangat layak untuk mohon penceraian.
“Kalau seorang isteri minta cerai tanpa sebab, tak cium bau syurga.
“Tak perlulah cari siapa salah kerana saya yang minta untuk dilepaskan, tak mahu buka aib sesiapa,” katanya.
Mas berkongsi perkara itu menerusi program Melodi yang disiarkan pada malam Khamis di TV3.
Dalam pada itu, Mas menafikan kewujudan pihak ketiga yang menjadi punca penceraian mereka sebaliknya mereka berpisah secara baik.
Malah jelasnya dia bukan punca perkahwinan itu berakhir seperti didakwa netizen.
“Tak tahu kenapa netizen buat andaian kata saya punca kami bercerai, merangkaklah mereka yang tuduh saya tu nanti di pandang mahsyar.
“Tiada orang ketiga, kami bercerai cara baik,” ujarnya.
Kalau ditanya kenapa, saya sangat-sangat layak untuk mohon penceraian.
MAS IDAYU
PENYANYI
Sebaliknya, Mas dan Sufian tetap mengekalkan hubungan baik sebagai sahabat walaupun ikatan suami isteri di antara mereka sudah terlerai.
“Saya dengan Sufian tak bergaduh, kami pergi mahkamah pun masih boleh ketawa.
Pada Isnin lalu, media malaporkan Mas dan Sufian sudah bercerai 4 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.
Sufian yang juga seorang penerbit program di Media Prima kemudiannya mengesahkan berita tersebut.
Mas dan Sufian sah bercerai 4 Mac lalu.
Untuk rekod, Mas dan Sufian mendirikan rumah tangga pada September 2022 selepas berkenalan pada 2008.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka.
Sebelum itu, Mas pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006.
Mas dan Sufian masih berkawan baik.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa, 27.
Sementara itu, Sufian pernah berkahwin dengan personaliti TV iaitu Intan Suraya dan berakhir dengan penceraian.
Mereka mempunyai seorang cahaya mata bersama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!