Gerai burger iShowspeed disita DBKL
Sejak disinggah Speed, gerai burger terbabit telah didatangi jumlah pelanggan yang ramai dan turut diletakkan bunting ‘iShowSpeed Pernah Makan Burger Kat Sini!’ di hadapan premisnya.
Bagaimanapun, baru-baru ini dilaporkan gerai burger yang terleletak di kaki lima LRT Bangsar itu telah pun disita oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menerusi sebuah video di TikTok, kelihatan trak milik DBKL yang diparkir di bahu jalan yang dipercayai untuk mengambil barangan di gerai burger terbabit.
Sementara itu, pemilik gerai burger tersebut mengesahkan bahawa kedai mereka terpaksa ditutup sementara ekoran disita DBKL. Katanya, mereka akan memaklumkan perkembangan terbaharu di Instagram dan WhatsApp.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kasihan apabila gerai burger terbabit tidak dapat lagi beroperasi.
Ada yang mendakwa berkemungkinan ada pihak yang membuat laporan selepas gerai tersebut dikenali ramai.
Pun begitu, segelintir netizen merasakan tindakan tersebut diambil kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk penjaja.
Siapa sempat cuba burger dekat sini?