” tanpa takut & pilih Kasih..” Tular Pula Gambar Peguam Zara & Peguam suspek dirumah ketua Menteri Sabah..? Rupanya Ini penjelasan Peguam..

1) Apa Yang Berlaku
Salah seorang peguam mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Shahlan Jufri menegaskan beliau tidak akan tunduk terhadap sebarang tekanan atau cubaan mengganggu perjuangan menuntut keadilan atas kematian pelajar berusia 13 tahun itu.

Kenyataan itu dibuat susulan penularan satu foto beliau bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, yang mengundang spekulasi dalam kalangan warganet.

Menurut Shahlan, foto berkenaan dirakam pada Jun lalu, jauh sebelum kes Zara Qairina mencetuskan perhatian nasional.
“Cubaan pihak tertentu mengaitkannya dengan kes ini adalah fitnah berniat jahat untuk mengelirukan masyarakat.
“Saya tegaskan komitmen saya hanya kepada keadilan untuk Zara. Sebagai peguam, saya bertindak tanpa takut atau pilih kasih, menegakkan proses adil serta integriti undang-undang. Saya tidak akan tunduk pada sebarang tekanan atau cubaan memesongkan perjuangan ini,” katanya.
Penularan foto itu turut menimbulkan polemik kerana ia memaparkan seorang lagi peguam, Datuk Ram Singh, yang kini mewakili salah seorang remaja tertuduh dalam kes buli membabitkan arwah Zara.
Situasi ini menyebabkan warganet berbelah bahagi, ada yang menuduh wujud konflik kepentingan, manakala ada juga yang menegaskan profesionalisme peguam tidak wajar dipersoalkan hanya kerana sekeping gambar lama.
Shahlan menegaskan komitmennya terbukti apabila:
- Penggalian semula kubur Zara serta bedah siasat kedua berjaya dilaksanakan. 
- Beliau turut berada di bilik bedah siasat selama lapan jam atas kehendak keluarga. 
- Pasukan guamannya memohon supaya pelaku dikenakan hukuman lebih berat, iaitu maksimum 10 tahun. 
- Inkues bagi menyiasat punca kematian Zara kini sedang berjalan selepas permohonan mereka diterima mahkamah. 
Zara Qairina, pelajar Tingkatan 1 SMKA Tun Datu Mustapha, Papar, ditemui tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolah pada jam 3 pagi, 16 Julai lalu.
Beliau kemudian disahkan meninggal dunia sehari selepas itu di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Kes ini mencetuskan perhatian nasional dengan desakan besar-besaran daripada keluarga, orang ramai, tokoh politik serta aktivis untuk memastikan keadilan ditegakkan.
Isu ini menjadi peringatan bahawa fitnah di media sosial mampu menjejaskan perjalanan kes besar seperti Zara Qairina. Pihak peguam keluarga kini berikrar untuk kekal fokus terhadap perjuangan demi keadilan arwah.
Cerita, Tanpa Cerita-Cerita.
Sumber – BHOnline

