” Tempat yang sama, kisah yang berbeza. Jabal Rahmah jadi saksi pertemuan 2 cinta.. ” – Shuib Sepahtu

” Tempat yang sama, kisah yang berbeza. Jabal Rahmah jadi saksi pertemuan 2 cinta.. ” – Shuib Sepahtu

Muatnaik video bersama Watie di Jabal Rahmah, perkongsian Shuib Sepahtu buat ramai sebak. Tempat yang sama dengan gaya bergambar yang sama dengan arwah Siti Sarah. Gambar yang last tu yang paling sebak..

Beberapa hari lalu, pelawak Shuib Sepahtu bersama isteri, Watie dan tiga orang anak mereka iaitu Uwais, Talita serta Matin telah berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah. Shuib ada berkongsi gambar mereka sekeluarga di lapangan terbang sebelum berangkat ke tanah suci tempoh hari.

Terbaru, Shuib memuatnaik video yang memaparkan Shuib bersama Watie mengunjungi Jabal Rahmah. Namun apa yang membuat ramai menjadi sebak adalah gaya Shuib dan Watie bergambar sama dengan Shuib bergambar bersama arwah Siti Sarah dahulu.

Tulis Shuib di ruangan kapsyen, mengatakan yang tempat yang sama, namun kisah yang berbeza. Ini membawa maksud tempa,t tersebut adalah kenangannya bersama arwah Siti Sarah dan pada kali ini Shuib hadir bersama Watie pula. Jabal Rahmah menjadi saksi cinta Shuib kepada arwah Siti Sarah dan juga Watie.

PM168913Baru sahaja dimuatnaik, perkongsian Shuib tersebut mendapat ribuan tanda suka dan ratusan komen daripada warganet. Ramai yang mengatakan sebak kerana menrindui arwah Siti Sarah serta mendoakan yang baik-baik buat Shuib sekeluarga.

Tonton perkongsian video di bawah :

View this post on Instagram

Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak setelah menonton perkongsian video oleh Shuib ini. Antara komen-komen warganet adalah :

” Kak wati’ hati kamu luas sekali kak, tidak semua wanita bisa melakukan ini’ berfoto seperti almarhumah kak sarah. Sehat kak wati ‘ panjang umur dan bahagia selalu semua anggota keluarga kak wati dan bang suib.. “

” Sedih nya . Al-fatihah buat arwah.. arwahh mmg dah berapa tahun pergi tetap bila lalu je pasal dia. sebakk je rasa.. Berulang2 tengok.. “

” Allahuakhbar semoga dipermudahkan segalanya.. gambar last tu.. Ya Allahhh sedihnyaa.. iish tetiber ara mata mengalir, rindunya kat arwah.. alfatihah.. “

” Al-fatihah tuk arwah sarah, semoga hubungan @shuibsepahtu @iamwatie sentiasa diberkati oleh Allah SWT & sentiasa bahagia bersama anak2 tersayang.. “

” Semoga kalian semua selalu dilindungi oleh Allah SWT, semoga mendapat umrah yg mabrur, Aamiinn.. Gmbr last mcm sarah memandang semua dari kejauhan. Sdri.. Alfatihah.. “

” Allahu.. Saya yang pertama kali sampai di puncak jabal rahmah ni air mata saya x berhenti mengalir ja… Terus berjuraian ja air mata ni.. “

” Semoga kalian semua bersatu dan berbahagia sampai Jannatul Firdaus.. Bidadari syurga, al fatihah buat siti sarah.. Alaaa sebaknya.. “

Sesungguhnya jodoh, pertemuan, ajal, maut semuanya di tangan Allah dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Sebak sungguh menonon video Shuib ini. Semoga arwah Sarah tenang di sana, ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah. Semoga rumahtangga Shuib dan Watie kekal bahagia hingga seke syurga.

PM168914Sumber : IG shuibsepahtu

Lepas Tekan Tutup, Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...