Skip to content

My Media Maya

Informasi Ilmia Harian Anda

Menu
  • Home
    • Penafian
    • Dasar Privasi
  • Semasa
  • Pengetahuan
  • Kesihatan
  • Ibadah
  • Doa
  • Tazkirah
Menu

(Terkini) Sembilan Penjawat Awam Sebuah Agensi Penguat Kuasa Ditahan, Jual Rampasan Dadah

Posted on March 15, 2022 by admin

Sembilan Penjawat Awam Sebuah Agensi Penguat Kuasa Ditahan, Jual Rampasan Dadah

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) – Sembilan penjawat awam sebuah agensi penguat kuasa antara 10 individu ditahan kerana disyaki terlibat pengedaran syabu yang dianggarkan bernilai RM193,590.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata sembilan penjawat awam itu ditahan di Putrajaya manakala seorang nelayan di Johor pada 6 Mac hingga 8 Mac lepas.

Kesemua suspek yang ditahan berumur lingkungan 33 hingga 49 tahun itu menggunakan modus operandi menjual semula 50 kilogram syabu yang dirampas dalam satu operasi di perairan Selat Melaka untuk pengedar di utara Semenanjung.

“Sembilan penjawat awam berkenaan menjual semula dadah yang dirampas kepada sindiket yang bergerak aktif di Banting, Selangor untuk pasaran di Dumai, Indonesia

“Sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak pertengahan Februari lepas,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini.

Beliau berkata setiap penjawat awam menerima lima kilogram syabu hasil dadah yang dirampas untuk dijual kepada sindiket berkenaan.

“Sindiket ini, turut beroperasi di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor Bahru dan polis juga akan menjalankan siasatan susulan jika ada penjawat awam yang lain terlibat.

Menurutnya, sindiket berkenaan dipercayai bekerjasama dengan sindiket dadah lain dan menjadi pemain penting dalam kitaran dadah di negara ini.

Selain itu, Ayob Khan berkata mereka juga menyasarkan pasaran dadah di luar negara kerana harganya yang mahal.

“Sebagai contoh, satu kilogram syabu di pasaran Malaysia bernilai kira-kira RM36,000 manakala di Indonesia RM100,000 dan di Australia pula mencecah RM300,000.

“Hasil serbuan, polis merampas syabu seberat 5,377.52 gram dan dadah berkenaan boleh digunakan seramai 26.8 juta penagih dadah,” katanya.

Menurut Ayob Khan, ujian saringan air kencing ke atas 10 suspek hanya empat penjawat awam positif dadah jenis Methamphetamine dan kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Polis juga mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dan turut menyita pelbagai aset sindiket berkenaan dianggarkan bernilai RM195,235.78,” katanya.

Polis turut merampas empat buah kereta iaitu dua Honda CRV, Toyota Vios dan Perodua Aruz yang kesemuanya bernilai RM190,000 dan membekukan satu akaun bank bernila RM5,325.78.

Beliau berkata kesemua suspek direman selama 14 hari iaitu sehingga 20 Mac ini untuk siasatan lanjut.

“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana penjawat awam yang terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah,” katanya.

Menurutnya, polis mengharapkan masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan sedemikian yang berlaku di sekeliling untuk disalurkan melalui Hotline JSJN di talian 012-2087222.

— BERNAMA VIA SIAKAP KELI

Share this:

Related posts:

  • Fuyooo, Luar nampak macam rumah usang kebun, Sekali Masuk Terkezutt Lihat Macam Tema Istana

  • Alhamdulillah “Adik Bella Kini Tiada Gangguan Emosi” Kecederaan Luka Sudah Pulih – PM

  • Tahanan Rohingya Lolos “Dua Dalang Utama Ditahan” Dua Masih Dikesan

  • “Jemaah Haji B40 Dikenakan Bayaran Haji RM 10,980 Tahun Ini” Naik RM 1,000 Berbanding 2019

  • Kes Kematian Penunggang Basikal Lajak “Pemandu Wanita Dibebas Dengan Jaminan Polis”

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terbaru

  • “Leher Terpaksa Dite’buk” Al…
    May 25, 2022
  • Anak-anak sampai tegur agar naikkan 10 s…
    May 25, 2022
  • Petua Rimbunkan Pokok Kari Yang Tanam Da…
    May 24, 2022
  • Teknik Petani Thailand Tanam Ubi kayu Ag…
    May 24, 2022
  • Lepas Ni Jangan Buang Dulu Kulit Bawang …
    May 24, 2022
  • Tak Habis-habis Nak Petik, Ini Tips Nak …
    May 24, 2022
  • Mudah Sangat Tanam Kobis Dipasu Bunga, L…
    May 24, 2022

Kategori

  • Akhir Zaman
  • Al-Ftihaha
  • Artis
  • Artis Malaysia
  • Bantuan
  • Bola Sepak
  • Brain Wash
  • Doa
  • DUNIA
  • Ebit Lew
  • history
  • Ibadah
  • Ilmu
  • Indonesia
  • Isu Keluarga
  • Kalimah Allah SWT.
  • Keajaiban
  • keluarga
  • kemanusiaan
  • Kesihatan
  • Kisah Mualaf
  • malaysia
  • MKN
  • Pengajaran
  • Pengetahuan
  • Pesanan
  • Petua
  • Politik
  • resepi
  • Semasa
  • seram
  • Soalan
  • Story
  • Sunnah
  • Tauladan
  • Tazkirah
  • Tips
  • ustaz
  • Ustaz Abdul Somad
  • Ustaz Azhar Idrus
  • Ustazah
  • viral
  • zakir naik

ARKIB

  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • September 2019
  • June 2019
  • March 2019

ads

© 2022 My Media Maya | Powered by Superbs Personal Blog theme