Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh stesen radio Sinar, Roy Azman bersama rakan-rakan lain melawat Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid di kediamannya.
Dalam perkongsian itu, dapat dilihat perkembangan terkini Ebby selepas doktor mengesahkan beliau mengidap penyakit buah pinggang tahap tiga, malah penyakit lamanya iaitu jantung semakin lemah.
Pihak Sinar juga menghulurkan sedikit sumbangan kepada Ebby sebelum pulang ke destinasi asal.
Derita pelbagai penyakit kronik
“Roy Azman dan rakan-rakan berkesempatan menziarahi Ebby Yus yang sedang menderita akibat pelbagai komplikasi penyakit kronik seperti keadaan kesihatan jantung dan masalah buah pinggang sekali gus mengehadkan penglibatannya dalam dunia seni.
“Sama-sama kita doakan buat kesihatan Ebby Yus,” kata Sinar.
Netizen sebak lihat keadaan terkini Ebby
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sayu apabila melihat keadaan terkini Ebby yang semakin kurus gara-gara penyakit kronik yang dihadapinya.
Semoga sihat seperti sedia kala
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Ebby kembali sihat seperti sedia kala dan diberikan kesembuhan agar beliau dapat bekerja semula dalam industri hiburan.
Sekadar info, Ebby alami masalah jantung dan penyakit buah pinggang bocor tahap tiga sehingga menyebabkan dia hilang mata pencarian dalam bidang seni.
Sumber: TikTok @Sinar