Sejak kebelakangan ini, makin ramai yang sanggup berjoget di TikTok semata-mata untuk dapatkan duit raya. Trend pelik ini makin menjadi-jadi, sampai ada yang tak segan silu tunjuk aksi depan kamera.
Disebabkan itu, pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun, tampil menegur tindakan ini. Menurutnya, trend sebegini bukan sahaja mencemarkan nilai Islam, malah boleh memberi contoh tidak baik kepada generasi muda.
Dalam satu hantaran di Facebook, beliau mengingatkan wanita Muslim supaya lebih berhati-hati sebelum terikut dengan trend yang boleh mencalarkan maruah diri.
Tolong fikir sebelum ikut trend ambil duit raya kena joget, selepas itu rakam dan post. Ramai wanita Islam tua muda buat sama.
Syawal sepatutnya jadi ruang perubahan…
Menurutnya, bulan Syawal adalah masa untuk memperbaiki diri selepas Ramadan, bukannya menggalakkan kelakuan yang tidak senonoh.
Syawal ibarat mereka yang balik haji, selepas sebulan Ramadan sepatutnya kita lebih berakhlak. Jangan normalisasikan.
Beliau turut mengingatkan bahawa media sosial mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat, terutama generasi muda. Setiap kandungan yang dimuat naik boleh memberi kesan, sama ada positif atau negatif.
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Ustazah Asma’ Harun. Ramai yang meluahkan rasa malu melihat wanita Muslim terlibat dalam trend ini.
#ApaKataOhmedia
Tak salah nak berseronok di media sosial, tapi jangan sampai melanggar batas agama dan budaya kita. Trend seperti ini mungkin nampak ‘fun’, tapi kesannya boleh merosakkan nilai moral dalam masyarakat. Jom gunakan platform digital untuk perkara yang lebih bermanfaat!