VIDEO] Aisyah Aziz Akui Panas Pakai Tudung, Harap Netizen Tak Mudah Lempar Kecaman – ‘Saya Perlukan Setiap Orang Untuk Bantu

[VIDEO] Aisyah Aziz Akui Panas Pakai Tudung, Harap Netizen Tak Mudah Lempar Kecaman – ‘Saya Perlukan Setiap Orang Untuk Bantu’

aisyah aziz tudungPenyanyi Aisyah Aziz mengakui bukan senang untuk terus konsisten dalam menutup aurat dengan sempurna.

Menerusi podcast Studio Sembang, Aisyah atau nama lengkapnya Nur Aisyah Aziz mendedahkan dia sering menerima kritikan tentang gaya pemakaian hijabnya.

‘Kenapa kau pakai tudung macam ni?’

Adalah lebih baik kalau mereka berkata, ‘apa yang memberi inspirasi kepada awak untuk pakai tudung?’ Bukankah itu lebih baik.

Dalam pada itu, pelantun lagu Indah Pada Waktunya tersebut berkata, dia berasa panas ketika memakai tudung.

‘Saya rasa mungkin susah untuk awak pakai tudung, mesti panas kan?’

Memanglah aku pakai tudung..nampak leher, panas. Sangat panas, kadang kala saya rasa marah bila menutup leher..saya akan sukar untuk jadi baik dan sopan (bertudung) kerana ia sangat panas.

Tetapi bagi saya kalau saya pakai tudung nampak leher sikit..tak mengapa untuk saya buat ketika ini.

Justeru itu, dia memerlukan sokongan daripada masyarakat agar dapat mengekalkan imej muslimah dan berharap orang ramai tidak lagi memberi komen yang negatif.

Saya perlukan setiap orang untuk membantu saya membetulkan niat. Tetapi saya ada kawan yang membantu saya.

Tapi bagi saya untuk orang yang terus berkata, ‘baik tak payah pakai tudung.’ Itu adalah racun.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan kata-kata semangat untuk Aisyah agar dia tetap istiqamah untuk menutup aurat dengan sempurna.

Nak istiqamah tu tak senang, iman naik dan turun. Manusia memang begitu, berkawan dengan orang yang beragama. InsyaAllah iman makin kuat, teruskan istiqamah.

Memang tak mudah pada awalnya. Tak apa, asalkan istiqamah tetap ke jalan Allah.

MasyaAllah, semoga Allah mempermudahkan perjalanan Aisyah untuk berhijab.

Jika web berubah jangan tekan "x" kat paling atas. tapi "tekan kembali" je kat screen bawah phone sampai masuk ke artikel semula
sambung baca tanpa ganguan...